Friday, 10 January 2014

BUKU-AN ACTOR PERFORMANCES


ULASAN BUKU
TAJUK:AN ACTOR PERFORMANCES
PENULIS:MEL SHAPIRO
1.0 Pengenalan
        Buku ini adalah berkaitan tentang bagaimana seorang pelakon menggunakan dunia imaginasi untuk mencapai persembahan yang baik.Hal ini adalah dimana pelakon itu menggunakan imaginasi untuk meneroka teks lakonan.Pelakon itu juga menggunakan imaginasi untuk menyesuaikan diri sebagai seorang pelakon dan menggunakan imaginasi untuk mencari intipati sifat lakonan yang  dilakukan.Buku ini sesuai digunakan oleh seseorang yang baru ingin menceburi bidang lakonan.Malahan juga dapat digunakan oleh pelajar dalam bidang lakonan serta seseorang yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan.Begitu juga bagi golongan profesional yang bekerja dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang lakonan mahupun sesuatu persembahan.Perbezaan antara tahap dibuat oleh kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang melalui  pengalaman sendiri.Namun,masalah yang wujud dalan semua peringkat adalah sama iaitu memahami teks,mencari tafsiran yang berdaya maju , berurusan dengan bahasa utama dan menggunakan satu badan dan minda serta berimaginasi untuk mewujudkan prestasi yang direalisasikan sepenuhnya dalam bidang lakonan.
        Buku ini dikenali sebagai “AN ACTOR PERFORMS” yang merupakan kepercayaaan yang dimiliki oleh pelakon.Selain itu,semasa latihan lakonan,adegan di dalam kelas lakonan,latihan penuh kepada produksi sesebuah persembahan dan akhirnya di atas pentas yang mana seterusnya menjadi sebuah persembahan.Kerja yang terbaik adalah kerja di luar reality kehidupan yang mana dilakukan bagi mengadakan sesebuah persembahan.Pelakon harus dianggap sebagai mempunyai perasaan dan minat yang mendalam dalam jiwa mereka yang digarapkan kepada pengalaman mereka sendiri untuk mereka mencurahkan ke dalam jiwa mereka sendiri.Hal ini dimana dapat memberi faedah kepada diri mereka sendiri dalam bidang lakonan ini.Pengalaman yang dimiliki mereka adalah kekal tidak berterusan,tidak berkomunikasi  dan apa-apa jua kegunaan teater.
      Buku ini dibahagikan kepada lima bahagian.Bahagian pertama berkaitan dengan alat instrumen dalam lakonan.Hal ini dimana ia dibahagikan kepada drama spontan,membaca teks(objektif lakonan),penggunaan muzik dalam lakonan dan membaca skrip (subjektif lakonan).Bab ini menerangkan tentang kreativiti yang digunakan dalam biografi penulis.Selain itu teknik untuk membaca dan menganalisa teks dramatik.Seterusnya menjelaskan tentang kelemahan dan kecuaian pelakon dalam menggunakan bahasa.Malahan juga menjadikan pilihan yang proaktif dalam bidang lakonan.Bahagian kedua dalam buku ini ialah proses dalam lakonan.Bahagian ini adalah mengenai proses dalam lakonan.Hal ini dimana memberi panduan kepada seseorang pelakon bagi berimaginatif dalam lakonan.Bahagian ketiga buku ini ialah watak dan perwatakan.Hal ini dimana bahagian ini menjelaskan cara pembinaan watak dan perwatakan dalam lakonan.Malahan juga membolehkan pembaca mendapat sumber rujukan bagi mendalami dan mengahayati watak dalam membuat sesuatu persembahan.Bahagian keempat buku ini menjelaskan tentang meneruskan suara dan range dalam lakonan.Hal ini dimana penulis memberi panduan bagi menjaga dialog dalam persembahan komedi,monolog,cabaret dan persembahan sastera.Bahagian kelima buku ini menjelaskan tentang persembahan.Penulis telah membuat temu bual dengan pelakon professional tentang lakonan.Penulis juga memberi pandangan sendiri berkaitan persembahan.

2.0 Pandangan mengenai buku
        Pandangan mengenai buku tersebut yang pertama ialah buku ini cukup dengan pelbagai maklumat berkaitan lakonan.Buku ini merangkumi pelbagai aspek dalam bidang lakonan.Bermula daripada membaca skrip sehinggalah persembahan.Melalui buku ini pembaca akan memperolehi maklumat yang berguna dalam bidang lakonan.Penulis memberi panduan yang berguna kepada seseorang yang ingin menceburkan diri dalam bidang lakonan.Sebagai contoh,dalam bahagian pertama buku ini yang mana berkaitan tentang alat instrumen dalam lakonan.Hal ini dimana ia dibahagikan kepada drama spontan,membaca teks(objektif lakonan),penggunaan muzik dalam lakonan dan membaca skrip (subjektif lakonan).Bab ini juga menerangkan tentang kreativiti yang digunakan dalam biografi penulis.Selain itu teknik untuk membaca dan menganalisa teks dramatik.Seterusnya menjelaskan tentang kelemahan dan kecuaian pelakon dalam menggunakan bahasa.Malahan juga menjadikan pilihan yang proaktif dalam bidang lakonan.Bahagian kedua dalam buku ini juga dapat dijadikan panduan kepada pembaca.Hal ini dimana menjelaskan tentang proses dalam lakonan.Bahagian ini adalah mengenai proses dalam lakonan.Ia dapat memberi panduan kepada seseorang pelakon untuk berimaginatif dalam lakonan.Bahagian ketiga buku ini ada menyentuh tentang pembinaan watak dan perwatakan dalam lakonan.Hal ini dimana bahagian ini menjelaskan cara pembinaan watak dan perwatakan dalam lakonan.Malahan juga membolehkan pembaca mendapat sumber rujukan bagi mendalami dan mengahayati watak dalam membuat sesuatu persembahan.
        Buku tersebut juga mempunyai banyak persamaan dengan buku yang bertajuk “Introduction to Theatre Arts” oleh Suzi Zimmerman.Buku ini sesuai digunakan oleh pelajar dalam bidang persembahan.Hal ini kerana merupakan sebuah buku panduan kepada pelajar.Walaupun buku tersebut lebih kepada persembahan teater,namun ia adalah dalam bidang lakonan.Seseorang pembaca dapat mengetahui banyak maklumat berkaitan lakonan dalam buku tersebut.Hal ini dimana buku tersebut juga lengkap dengan pelbagai maklumat berkaitan lakonan.Buku tersebut banyak menjelaskan tentang lakonan persembahan teater.Segala maklumat berkaitan teater dapat diperolehi oleh pembaca melalui pembacaan buku tersebut.Sebagai contoh di dalam buku tersebut yang mana penulis telah membahagikan kepada 11bahagian.Bahagian pertama menjelaskan tentang pengenalan persembahan teater.Melalui pembacaan di bahagian tersebut akan membolehkan pembaca mendapat maklumat awal dan gambaran awal berkaitan asas pengenalan peersembahan teater.Dalam bahagian 4 ada menjelaskan tentang lakonan dan bahagian 5 ada menjelaskan tentang perwatakan.Melalui pembacaan kedua-dua bahagian ini akan membolehkan pembaca memahami lakonan dan cara pembinaan watak yang betul.Buku tersebut juga ada menjelaskan tentang sejarah teater kepada pembaca.Melalui penulisan tersebut akan mebolehkan pembaca mengetahui asal usul wujudnya persembahan teater.Berbanding dengan buku yang bertajuk “Play Directing-Analysis,Communication and Style” oleh Francis Hodge dan Michael Mclain.Hal ini dimana buku ini banyak menjelaskan berkaitan pengarahan dalam sesebuah persembahan lakonan.Namun buku tersebut tetap mempunyai kaitan dalam bidang lakonan.Hal ini kerana bidang pengarahan berkaitan dengan bidang persembahan lakonan.Seorang pengarah amat penting dalam bidang lakonan.Buku tersebut dapat dijadikan panduan oleh seseorang yang terlibat dalam bidang pengarahan lakonan.Buku tersebut sudah merangkumi segala kandungan berkaitan bagi membimbing seseorang yang ingin menjadi pengarah yang terbaik.Sebagai contoh,buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian berkaitan pengarahan.Dalam bahagian pertama ada menjelaskan tentang analisis pembelajaran dalam bidang pengarahan.Pembaca dapat mengetahui maklumat berkaitan persediaaan dalam bidang pengarahan dan sebagainya.Bahagian kedua buku ini ada menjelaskan tentang berkomunikasi.Pengarah perlu bijak  berkomunikasi kerana sentiasa akan memberi arahan kepada kru produksi dan pelakon.Manakala dalam bahagian ketiga ada menjelaskan tentang kaedah interpretasi dalam bidang pengarahan.Hal ini jelas menunjukkan bahawa buku-buku tersebut lengkap dengan maklumat berkaitan lakonan kepada pembaca.
        Pandangan yang kedua mengenai buku tersebut ialah penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami oleh pembaca.Hal ini kerana bahasa yang digunakan oleh penulis memudahkan pembaca memahami semua makklumat dan mesej berkaitan lakonan.Pembaca juga akan sentiasa merujuk buku tersebut kerana mudah difahami.Pembaca amat menyukai penulisan yang menyampaikan mesej penting dan tepat.Sebagai contoh dalam setiap bahagian ini yang mana merangkumi semua maklumat penting dalam bidang persembahan lakonan.Setiap bahagian juga merangkumi contoh secara terus kepada pembaca.Hal ini membolehkan pembaca mendapatkan imaginasi  terus mengenai lakonan melalui contoh yang diberikan oleh penulis.Hal ini memudahkan pembaca lebih mudah memahami sesuatu teknik lakonan itu.Golongan pelajar yang baru ingin menceburui bidang lakonan juga mempunyai panduan tepat mengenai bidang persembahan.
       Buku tersebut juga mempunyai banyak persamaan dengan buku yang bertajuk “Introduction to Theatre Arts” oleh Suzi Zimmerman.Gaya bahasa yang digunakan oleh penulis dalam buku tersebut juga agak mudah difahami kepada membaca.Pembaca mudah memahami segala maklumat berkaitan lakonan dengan mudah.Sebagai contoh dalam buku tersebut yang mana ada menjelaskan maklumat berkaitan pengenalan dalam persembahan teater.Gaya bahasa yang digunakan oleh penulis membolehkan pembaca mendapatkan gambaran secara terus berkaitan persembahan teater.Perkara asas dalam bidang lakonan dapat diterapkan dalam diri pembaca.Pembaca suka membaca buku yang menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.Gaya bahasa yang digunakan dalam buku yang bertajuk “Play Directing-Analysis,Communication and Style” oleh Francis Hodge dan Michael Mclain juga mudah difahami oleh pembaca.Buku tersebut banyak menggunakan gaya bahasa yang jelas difahami pembaca.Sebagai contoh,setiap bahagian akan dijelaskan dengan tepat dan jelas berkaitan topik tersebut.Hal ini membolehkan pembaca mudah untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.Pembaca tidak perlu menggunakan pemikiran yang kreatif untuk memahami sesuatu maklumat itu.Hal ini jelas menunjukkan bahawa penulisan buku yang mudah difahami akan menarik minat pembaca.
         Pandangan yang ketiga mengenai buku tersebut ialah mempunyai fakta dan contoh yang tepat dalam bidang lakonan.Fakta dan contoh yang digunakan oleh penulis merupakan kajian dan pemerhatian yang dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang lakonan.Penulis sering menggunakan kaedah pemerhatian daripada persembahan yang ada untuk menulis buku ini.Melalui pemerhatian tersebut juga membolehkan penulis mendapat idea bagi menulis buku tersebut.Penulis juga amat berpengalaman luas dalam bidang lakonan.Beliau juga merupakan pengarah dalam bidang teater.Hal ini dapat dilihat dalam biografi yang terdapat pada buku tersebut.Di dalam biografi tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan ketua bahagian teater di UCLA.Beliau berpengalaman dalam bidang teater.Sebagai contoh beliau telah mengarah teater muzikal “two gentleman of Verona”.Melalui pengalaman beliau yang luas dalam bidang teater maka penulisan beliau dalam buku ini adalah tepat dan tiada keraguan terhadap pembaca.
        Buku tersebut juga mempunyai banyak persamaan dengan buku yang bertajuk “Introduction to Theatre Arts” oleh Suzi Zimmerman.Penulis buku tersebut juga menggunakan fakta dan contoh yang tepat berkaitan lakonan persembahan teater.Penulis juga menjelaskan maklumat tepat berkaitan teater dalam buku tersebut.Hal ini kerana beliau turut mempunyai banyak pengalaman dalam bidang lakonan dan pengarahan.Fakta tepat berkaitan persembahan teater akan membolehkan pembaca mempercayai apa yang ditulis oleh penulis dalam buku tersebut.Pelajar dalam bidang lakonan akan menggunakan buku tersebut sebagai panduan dalam persembahan teater.Fakta yang digunakan dalam buku yang bertajuk “Play Directing-Analysis,Communication and Style” oleh Francis Hodge dan Michael Mclain juga agak tepat.Penulis menggunakan kaedah pengalaman yang ada untuk menghasilkan buku yang difahami pembaca.Sebagai contoh dalam buku tersebut yang mana penulis banyak mendapatkan maklumat berkaitan pengarahan melalui pengalaman mereka sendiri dalam bidang pengarahan.Mereka juga ada menunujukkan banyak contoh gambar-gambar berkaitan pengarahan yang dijalankan oleh mereka.Melalui contoh tersebut dapat memberi keyakinan kepada pembaca untuk menggunakan buku tersebut dalam mempelajari bidang pengarahan.Hal ini jelas menunjukkan bahawa buku-buku tersebut mempunyai fakta dan contoh yang tepat dalam bidang lakonan.Hal ini memberi sepenuh keyakinan kepada pembaca untuk memahami dan terus mempelajari bidang pengarahan dalam kehidupan mereka.
       Pandangan yang keempat mengenai buku tersebut ialah isi kandungan mengenai lakonan yang menarik.Kandungan buku yang menarik dalam buku tersebut membolehkan pembaca berminat untuk membaca buku tersebut.Buku tersebut juga membicarakan pelbagai kandungan yang menarik tentang sesuatu lakonan.Seseorang yang berminat dalam bidang lakonan akan menjadikan buku tersebut sebagai panduan untuk menerapkan ilmu lakonan yang betul bagi merealisasikan minat tersebut.Malahan juga melalui kandungan buku tersebut juga membolehkan pembaca terus menanam minat untuk mempelari bidang lakonan.Sebagai contoh kandungan yang terdapat dalam bahagian ketiga buku tersebut mengenai pembinaan watak dan perwatakan dalam lakonan.Hal ini dimana bahagian ini menjelaskan cara pembinaan watak dan perwatakan dalam lakonan.Melalui pembacaan dalam bahagian tersebut akan memberi idea yang bernas kepada pembaca untuk melakonkan  pembinaan watak yang berbeza-beza dalam lakonan kelak,Malahan juga membolehkan pembaca mendapat sumber rujukan bagi mendalami dan mengahayati watak dalam membuat sesuatu persembahan.Kandungan dalam bahagian keempat buku tersebut juga amat menarik yang mana telah menjelaskan tentang meneruskan suara dan range dalam lakonan.Hal ini dimana penulis memberi panduan bagi menjaga dialog dalam persembahan komedi,monolog,cabaret dan persembahan sastera.Melalui pembacaan dalam bahagian tersebut akan membolehkan pembaca mengetahui teknik yang betul dalam penyampaian dialog dalam sesuatu persembahan lakonan.Kandungan dalam bahagian kelima buku ini juga amat menarik yang mana telah menjelaskan tentang persembahan dalam lakonan.Penulis telah membuat temu bual dengan pelakon professional tentang lakonan.Penulis juga memberi pandangan sendiri berkaitan persembahan.Hal ini jelas menunujukkan bahawa isi kandungan buku yang digunakan oleh penulis dalam buku ini telah menarik minat pembaca untuk membaca buku tersebut.
      Isi kandungan buku tersebut juga mempunyai banyak persamaan dengan buku yang bertajuk “Introduction to Theatre Arts” oleh Suzi Zimmerman.Kandungan buku ini banyak menjelaskan berkaitan pengenalan tentang persembahan teater.Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis adalah berkaitan bidang lakonan secara menyeluruh.Walaupun buku tersebut banyak menyentuh kepada asas dalam persembahan teater.Melalui pembacaan dalam buku ini juga membolehkan pembaca memahami apa itu teater.Pembaca juga mendapat gambaran awal bagaimana proses membuat persembahan teater.Segala aspek berkaitan teater akan dapat digunakan oleh seseorang yang ingin menceburkan diri dalam bidang lakonan.Sebagai contoh dalam buku tersebut yang banyak memberi panduan dalam melahirkan seorang penggiat teater dalam tempoh masa yang singkat.Pelajar sendiri mendapat sebuah buku  panduan yang mempunyai banyak isi kandungan berkaitan persembahan teater.Hal ini juga sama dengan kandungan yang terdapat dalam buku yang bertajuk “Play Directing-Analysis,Communication and Style” oleh Francis Hodge dan Michael Mclain yang mana kandungannya berkaitan lakonan walaupun memberi tumpuan kepada bidang pengarahan.Seseorang yang ingin menjadi pengarah yang berjaya boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan dalam kehidupan seharian.Maka tidak hairanlah sekiranya kandungan buku tersebut yang banyak menjelaskan berkaitan bidang pengarahan.Hal ini seterusnya akan memjadikan golongan pelajar mahupun golongan professional menggunakan buku tersebut untuk meneroka ilmu lakonan dan pengarahan dalam sesebuah persembahan lakonan.

3.0 Kesimpulan
Buku “AN ACTOR PERFORMS” amat sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat.Tidak kiralah seseorang yang baru mahupun sudah lama menceburi diri dalam bidang lakonan.Buku tersebut amat berguna sebagai panduan dan rujukan kepada sesiapa sahaja yang berminat mempelajari bidang lakonan.Pelajar mahupun golongan professional dapat menggunakan pemikiran yang ada untuk membandingkan buku tersebut dengan buku  “Introduction to Theatre Arts” oleh Suzi Zimmerman dan buku “Play Directing-Analysis,Communication and Style” oleh Francis Hodge dan Michael Mclain.Ketiga-tiga buku tersebut jelas menunjukkan persamaan dari segi bidang matlamat yang sama dalam memberi panduan dalam meluaskan ilmu berkaitan bidang lakonan.Pelakon yang bijak akan menggunakan peluang yang ada untuk terus belajar mengubah cara lakonan mereka kearah yang lebih baik.Seseorang pelakon perlulah bijak  berimaginasi secara kreatif untuk mencapai persembahan yang baik.Hal ini adalah dimana pelakon itu menggunakan imaginasi untuk meneroka teks lakonan.Pelakon itu juga menggunakan imaginasi untuk menyesuaikan diri sebagai seorang pelakon dan menggunakan imaginasi untuk mencari intipati sifat yang  dilakukan.Buku ini sesuai digunakan oleh seseorang yang baru ingin menceburi bidang lakonan.Malahan juga dapat digunakan oleh pelajar dalam bidang lakonan serta seseorang yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan.Begitu juga bagi golongan profesional yang bekerja dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang lakonan mahupun sesuatu persembahan.Kesemua buku ini mengandungi ilmu berkaitan lakonan yang sukar dicapai melalui pembacaan buku yang lain.



BERTOLT BRECTHIAN


1.0 Pengenalan
         Bertolt Brecthtian dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman.Beliau dikenali sebagai Eugen Berthold Friedrich. Beliau merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater yang sangat berpengaruh pada abad ke-20.Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama, beliau menggunakan puisi, lagu dan akhirnya teater untuk memaparkan idea-idea beliau supaya dapat mengubah keadaan negara tersebut. Beliau terpaksa keluar dari negaranya pada zaman pemerintahan Hitler. Beliau telah hidup berpindah-randah di beberapa buah negara Eropah dan akhirnya menetap di Amerika dalam tahun 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman.Kerajaan Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan beliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil daripada pementasan-pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semasadalam pelarian (Leach: 2004).
        Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater.Antara hasil-hasil karya beliau yang terkenal ialah The Caucasian Chalk Circle (Der kaukasische Kreidekreis), The Threepenny Opera (Die Dreigroschenoper), Life of Galileo (Leben des Galilei), Mother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder) dan The Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan) (Leach: 2004). Manakala sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang teater ialah menghasilkan sebuah teori yang dikenali sebagai Epic Theatre.

2.0 Teater Epik
        Teater Epik bersifat episodik iaitu dengan setiap babak memaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita.Setiap babak akan memaparkan cerita yang amat berbeza diantara babak yang lain.Namun,setiap babak itu akan digabungkan untuk dijadikan suatu cerita yang menarik.Hal ini akan menarik minat penonton untuk menyaksikan cerita tersebut.Teori ini juga dinamakan sebagai Dialectic Theatre.Hal ini kerana dalam pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan pergaduhan antara dua belah pihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain.Teater Epik bersifat sambil lalu, penuh gangguan dan membuatkan penonton akan terus ‘terjaga’.Penonton akan sentiasa menumpukan sepenuh  perhatian terhadap jalan ceritanya.Hal ini jelas menunjukkan bahawa tujuan teater epik bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kritis.Beliau juga suka mencipta teater epik yang menarik minat penonton untuk menggunakan intelek bagi memahami jalan cerita tersebut.
        Menurut Wilson & Goldfarb:2000,tujuan sesebuah pementasan dijalankan adalah untuk mempersembahkan idea-idea dalam lakonan.Penonton harus membuat penilaian terhadap idea-idea tersebut. Oleh itu, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah pementasan. Sebaliknya, Brecht menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan dan tidak perlu beremosi,sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari pementasan itu. Menurut beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’(diasingkan) daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "alienation effect” ataupun kesan pengasingan.
        Brecht tidak mahu  penonton  untuk leka (bermain dengan perasaan) sebaliknya terus ‘terjaga’, dan menjaga jarak.Baginya, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah pementasan.
Menurut beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘diasingkan’ daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "alienation effect” ataupun kesan pengasingan.Beliau mengingatkan penonton bahawa pelakon adalah perwakilan dari realiti dan bukan realiti.
        Lakonan dalam teater epik  memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak secara tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa mereka adalah watak tersebut.Lakonan dalam teater tersebut juga diharapkan tidak meninggalkan kesan kepada jiwa penonton bahawa watak yang dimainkan oleh pelakon diatas pentas adalah sama seperti mereka.Pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton secara langsung.Pelakon akan sentiasa berhubung dengan penonton ketika mempersembahkan lakonan mereka.Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk meruntuhkan dinding keempat dalam sesebuah lakonan.Hal ini adalah bagi membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan,bukannya sebuah realiti kehidupan.Penonton juga akan menganggap bahawa pentas adalah pentas dan pelakon adalah pelakon.Penonton akan menyedari bahawa pementasan yang dipaparkan adalah lakonan yang dicipta oleh pengarah sahaja.Pementasan tersebut dianggap sebagai persembahan untuk dijadikan hiburan terhadap penonton sahaja.Persembahan yang dipaparkan juga menjadi satu alat instrumen untuk mengukur tahap lakonan pelakon.Melalui persembahan tersebut juga ingin menerapkan nilai kemanusiaan dalam masyarakat.
        Brecht juga  cuba mengasingkan penonton daripada watak-watak dan lakonan mereka dalam sesebuah pementasan. Dengan cara ini, penonton tidak akan tersentuh dengan apa yang dipaparkan.Sebaliknya, beliau mahu penonton untuk memahami secara intelektual dilema yang dihadapi oleh sesebuah watak serta kesilapan yang telah dibuat yang membawa kepada berlakunya dilema tersebut. Apabila penonton diasingkan secara emosi daripada pementasan, penonton dapat berempati dengan pementasan tersebut secara intelek dan mungkin akan berusaha mengubah keadaan masyarakatnya.Walaupun penonton diasingkan daripada watak-watak lakonan,namun tujuan positif yang ingin diwujudkan melalui pesembahan turut wujud.Penonton akan sentiasa berfikir secara kritis apa matlamat yang ingin diwujudkan oleh pengarah dalam persembahan tersebut.Penonton juga akan mempunyai kesedaran insaniah untuk mengubah prespektif kehidupan masyarakat terhadap persembahan teater epik.

3.0 Teknik-teknik dalam Teater Epik
3.1 Historification atau pensejarahan
        Brecht mengalienasi penonton dengan meletakkan babak-babak pementasannya dalam latar masa lampau. Sebagai contoh, pementasan Mother Courage and Her Children yang disetkan dalam latar masa abad ke-17.Pementasan tersebut ditulis pada 1938,namun disunting kembali pada era 1940 dan dipentaskan pada tahun 1941.Dengan cara ini, penonton akan lebih dialienasi memandangkan mereka tidak biasa dengan latar masa lampau tersebut.Melalui teknik ini juga penonton akan menghayati persembahan yang dipaparkan dengan penuh keseronokan.Penonton akan merasa seperti wujud dalam dalam masa lampau.Penonton akan memperolehi pengalaman seperti hidup dalam masa lampau  dengan hanya menonton persembahan seperti teknik ini.Teknik seperti ini juga akan melahirkan penonton yang meminati sejarah sesebuah masyarakat mahupun sesebuah tamadun.
3.2 Allegorical
        Allegorical adalah penggunaan simbol-simbol dalam menjelaskan isi kandungan atau dilema dalam sesebuah pementasan.Simbol-simbol yang digunakan adalah bertujuan untuk menjelaskan isi kandungan cerita tersebut.Selain itu,simbol-simbol yang digunakan juga akan menceritakan konflik yang ingin diterapkan dalam sesebuah persembahan melalui jalan penceritaannya.Teknik ini telah digunakan dalam pementasan Rise and Fall of the City of Mahagonn. Dengan menggunakan teknik ini, penonton akan dialienasi oleh simbol-simbol yang akan menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat dalam simbol-simbol tersebut.Melalui teknik ini juga akan melahirkan penonton yang sentiasa menggunakan pemikiran ketika menonton persembahan tersebut.Penonton akan menggunakan simbol yang ada untuk memahami jalan cerita persembahan tersebut.Melalui simbol-simbol tersebut juga akan mendidik penonton agar terus berfikir dan memahami isi kandungan mahupun dilema yang dialami oleh pelakon itu sendiri.Konflik yang dialami oleh seseorang pelakon mahupun jalan pernceritaannya akan diterjemahkan melalui simbol-simbol yang ada.Hal ini akan menyebabkan penonton sentiasa berfikir secara kritis untuk memahaminya.
3.3 Teknik Pseudo-foreign
       Teknik ini merupakan adaptasi daripada teater-teater luar yang tentunya berbeza budayanya daripada budaya audiens.Contoh pementasan yang menggunakan teknik ini ialah The Good Person of Sezuan.Teknik ini sekadar adaptasi yang dibuat oleh pengarah melalui pemerhatian mahupun kajian oleh pengarah itu sendiri.Pengarah persembahan itu akan menjadikan teater-teater luar sebagai panduan untuk menghasilkan sebuah teater dengan cara tersendiri.Pengarah akan cuba mengolah teater tersebut menjadi teater menggunakan cara lakonan yang berbeza sedikit dengan teater sebenar.Namun begitu,jalan penceritaan mahupun watak-watak yang ada akan dikekalkan.Pengarah akan cuba menjadikan teater luar sebagai rujukan untuk membuat teater yang lebih menarik.
3.4 Teknik-teknik lain
        Teknik-teknik lain yang dibuat adalah penggunaan kapsyen yang dipancarkan di pentas bagi menjelaskan apa yang akan berlaku dalam babak seterusnya.Teknik ini adalah teknik dimana pengarah akan memperjelaskan terlebih dahulu babak yang seterusnya sebelum menunujukkan penceritaan yang sebenarnya dalam bidang persembahan tersebut.Hal ini memberi pendedahan awal kepada penonton untuk memahami terlebih dahulu jalan penceritaannya sebelum melihat lakonan sebenar.Selain itu,teknik gangguan oleh narrator  yang menjelaskan apa yang berlaku dan memprovokasi penonton juga digunakan dalam teater epik.Teknik gangguan narrator digunakan adalah bertujuan bagi pengarah memperjelaskan sesuatu jalan penceritaan.Melalui gangguan ini membolehkan penonton memahami apa yang akan berlaku seterusnya.Hal ini juga akan memprovokasi penonton untuk terus menonton teater jenis ini.Seterusnya teknik di mana pelakon menanyakan secara langsung kepada penonton.Malahan,penonton dibiarkan untuk menyelesaikan sendiri pengakhiran teater dan penonton dibiarkan untuk berfikir.Melalui teknik ini akan mengeratkan hubungan antara pelakon dan penonton.Penonton akan berasa dekat dengan pelakon tersebut.Hal ini akan mewujudkan ukhuwah perhubungan yang baik dalam bidang lakonan.Pelakon akan menanyakan soalan kepada penonton secara spontan.Hal ini seterusnya membolehkan penonton menjawab berdasarkan tontonan dan pemikiran logik mereka.
         Di samping itu,terdapat juga teknik muzik yang berbeza dari emosi dalam sesebuah babak.Selain itu di dalam teater epik juga selalunya terdapat pelbagai lagi teknik yang digunakan supaya penonton terasing daripada pementasan. Di antaranya adalah dengan meletakkan kapsyen yang lain di dalam sesuatu persembahan bagi menerangkan apa yang akan berlaku. Selain itu dengan wujudnya narator sebagai menjelaskan setiap babak dengan lebih jelas serta memprovokasikan penonton. Terdapat juga penggunaan lagu yang digunakan juga bagi memprovokasi penonton. Ada juga teknik yang memerlukan pelakon berinteraksi terus dengan penonton. Hal ini adalah bertujuan bagi penonton terasing dari lakonan pelakon serta pementasan.
                Terdapat juga teknik brecht yang meletakkan semua teknikal di hadapan penonton. Hal ini kerana teknik brecht juga menyatakan segala proses pementasan merupakan sesuatu yang perlu ditonton oleh penonton. Ia bertujuan bagi mengganggu dan menyedarkan para penonton bahawa pementasan merupakan satu lakonan dan hanya sebuah pementasan. Lakonan dalam epik teater memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa mereka adalah watak tersebut.Pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton secara langsung dengan penonton.
4.0 Gestus
        Gestus ialah apa sahaja pergerakan yang dilakukan oleh seseorang pelakon dalam lakonan bagi menggambarkan keadaan sesebuah watak berdasarkan teks. Gestus boleh menerangkan keadaan pelakon tanpa memerlukan pelakon menunjukkan emosi dan boleh menyebabkan penonton teralienasi daripada pementasan dan mengelakkan mereka daripada menjadi emosional.Sebagai contoh dilakukan dalam Opera cina(Mei Lan Fang). Ini adalah daripada pemerhatian Brecht terhadap opera cina. Dimana pelakon meletakkan rambut di mulut dan penonton telah mentafsirkannya sebagai ketakutan walaupun pelakon itu sedang bergerak di dalam keadaan yang tenang.
5.0 Perbezaan Teater Epik dengan Teater Dramatik
    Perbezaan yang dapat dilihat dalam kedua-dua teater ini ialah jenis teater tersebut.Teater Epik merupakan teater yang mana penonton sebagai pemerhati.Penonton hanya akan menonton jalan penceritaan yang dilakonkan oleh pelakon.Penonton juga akan memerhati cara lakonan yang disampaikan oleh pelakon.Penonton akan menggunakan pemikiran mereka sendiri uantuk memahami jalan penceritaannya.Hal ini akan membolehkan penonton memberi kritikan berdasarkan sesuatu persembahan.Dalam teater epik juga,jalan penceritaanya adalah dari situasi.Melalui sesebuah situasi tersebut,maka akan wujudlah jalan penceritaannya.Sekiranya situasi tersebut menarik,maka akan menarik minat penonton untuk menontonnya.Setiap babak juga tiada kesinambungan antara satu sama lain. Namun,melalui babak tersebut akan mewujudkan satu penceritaan yang menarik.Penceritaan yang menarik akan menarik minat penonton untuk menghayati lakonan.
     Manakala Teater Dramatik ialah teater dimana penonton di ajak bersama-sama menghayati cerita.Penonton bersama-sama pelakon akan merasa seperti berada dalam lakonan tersebut.Penonton akan menghayati lakonan yang dimainkan oleh pelakon.Hal ini seterusnya akan membuatkan penonton berasa seronok untuk menonton.Penonton akan mendapat pengalaman yang sama dengan pelakon.Jalan penceritaan adalah daripada pengalaman yang penuh bermakna.Jalan cerita yang menarik dan berkesan akan menarik minat penonton untuk terus menghayati sesuatu persembahan.Setiap babak dalam jalan penceritaannya adalah berkesinambungan antara satu sama lain.Hal ini jelas menunjukkan bahawa setiap babak mempunyai kaitan yang rapat dengan babak yang lain.Sekiranya penonton tidak memahami dan mengetahui babak sebelumnya,maka penonton akan tertanya-tanya babak sebelumnya.Hal ini seterusnya akan menyebabkan penonton tidak mendapat menghayati lakonan tersebut dengan seronok.
      Perbezaan antara teater dramatik dan teater epik adalah merujuk kepada perbezaan dalam pembinaan kaedahnya.Kaedah pembinaan ini merujuk kepada hubungan yang dibentuk daripada persembahan antara bahagian dan keseluruhan.Setiap bahagian jelas menunjukkan perkaitan antara satu sama lain.Dalam teater dramatik,pembinaan kaedahnya adalah berdasarkan kaitan antara suatu babak dengan babay yang lain.Hal ini seterusnya akan menarik minat penonton memahami jalan penceritaan dengan lebih jelas.Berbanding dengan teater epik yang mana pembinaan kaedah jalan penceritaannya adalah berbeza dengan teater dramatik.Teater epik tidak mempunyai kesinambungan antara satu babak dengan babak yang lain.Kaedah penceritaan yang digunakan membuatkan penonton terpaksa menggunakan pemikiran mereka sendiri dalam memahami jalan penceritaannya.
      Dari aspek teknik gaya lakonan,teater epik tidak menekankan aspek-aspek dalam emosi pelakon tetapi mementingkan logik dan pemikiran penonton itu sendiri.Lakonan yang dipaparkan tidak akan membuatkan penonton terpaksa beremosi untuk menontonnya.Namun,jalan penceritaannya memerlukan penonton menggunakan pemikiran logik bagi memahami jalan penceritaannya.Penonton juga terpaksa menggunakan pemikiran secara kreatif untuk memikirkan sesuatu yang sukar difahami kelogikan akal.Walaupun pada dasarnya lakonan tersebut merupakan lakonan yang amat mementingkan logik.Dalam Teater epik juga tidak mempunyai pengakhiran sebagai tanda penamat dalam persembahan.Walau bagaimanapun teater ini menekankan isi atau mesej yang perlu difikirkan sendiri oleh penonton.Hal ini menyebabkan penonton terpaksa menggunakan pemikiran mereka sendiri untuk menyimpul pengakhiran penceritaannya.Penonton yang gagal menggunakan pemikiran mereka akan menyebabkan mereka tertanya-tanya apakah penamatnya.Oleh itu,penonton perlulah sentiasa bijak menyimpulkan kesudahan penceritaanya.Sekiranya penonton gagal memahaminya,maka penonton akan tidak dapat menghayati penceritaanya.
        Manakala bagi teater dramatik,elemen-elemen emosi seperti sedih,marah, gembira, dan  sebagainya melalui watak-watak yang ditonjolkan oleh pelakon akan dipaparkan dalam teater jenis ini.Hal ini bertujuan agar penonton dapat merasai emosi-emosi tersebut.Emosi yang disampaikan oleh pelakon dalam sesebuah persembahan akan memberi kesan yang mendalam terhadap  jiwa penonton.Penonton akan terus menggunakan emosi dalam menghayati lakonan tersebut.Watak-watak yang dimainkan pelakon dalam lakonan tersebut akan terus tersemat dalam sanubari penonton.Penonton dapat menghayati lakonan dengan penuh perasaan.Penonton  juga dapat melihat pengakhiran sesuatu persembahan sebagai tanda penamat dalam penceritaan teater tersebut.Penonton akan mengetahui bagaimana kesudahan penceritaan tersebut.Penonton juga dapat mengetahui apa yang berlaku kepada semua watak dalam persembahan tersebut.

 6.0 Kesimpulan
       Secara konklusinya,Bertolt Brecthtian merupakan seorang pelopor yang mahir dalam bidang teater epik. Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater.Antara hasil-hasil karya beliau yang terkenal ialah The Caucasian Chalk Circle (Der kaukasische Kreidekreis), The Threepenny Opera (Die Dreigroschenoper), Life of Galileo (Leben des Galilei), Mother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder) dan The Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan) (Leach: 2004).Teknik lakonan yang diperkenalkan oleh beliau amat berguna kepada semua golongan yang ingin mempelajari teater epik.Sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang teater ialah menghasilkan sebuah teori yang dikenali sebagai Epic Theatre.Sumbangan tersebut amat bermakna kepada semua penggiat teater.Seseorang penggiat teater akan menjadikan teori tersebut sebagai rujukan yang bermakna untuk menghasilkan sebuah persembahan teater epik yang menarik.Teori yang diperkenalkan oleh beliau memberi motivasi kepada sesorang penggiat teater menghasilkan sebuah teater epik yang baik.Hal ini seterusnya akan menarik minat penonton menonton persembahan teater epik.Malahan juga dapat mengubah prespektif negatif masyarakat terhadap teater epik.Melalui pensembahan teater epik juga akan sentiasa menghakis kurangnya minat masyarakat terhadap teater epik.Golongan pelajar juga dapat  menjadikan teknik yang diperkenalkan oleh Bertolt Brecth sebagai rujukan dalam mempelajari teater epik.Hal ini juga mampu menarik minat semua lapisan masyarakat untuk meneroka teater epik dalam kehidupan seharian.

KONSTANTIN STANISLAVSKY (1863-1923)


1.0 Pengenalan
         Tokoh Pengarah dan Asemble Lakonan Realisme iaitu Konstantin Stanislavsky (1863-1923) dilahirkan pada tahun 1863 melalui hasil daripada perkongsian hidup Sergei Vladimirovich Al-Exeyevev (bapanya) dengan seorang pengusaha benang emas dan perak iaitu  Elistaveta Vasilieva Alexeyeva (ibunya) yang juga merupakan seorang pelakon yang lebih dikenali sebagai Marie Valley.Mengikut sejarah peribadinya, semenjak dari kecil lagi  Stanislavsky telah diajar tarian ballet oleh Yekaterina Sanskovskaya iaitu seorang yang mashyur di Russia.Sanskovskaya yang terkenal kerana bakat dramatiknya yang kuat dan minatnya terhadap motivasi psikologi dalam watak yang digambarkan, pergaruh sifatnya telah tersemai ke dalam diri Stanislavsky. Kemudian Stanislavsky diletakkan di bawah pengaruh Mikail Shehepkin, pelakon berbangsa Russia yang terkenal di pertengahan abad ke 19. Shehepkin adalah pelakon pertama  memperkenalkan ‘simplisiti’ dan ‘lifeliness’ ke dalam satu lakonan.Beliau mengajar penuntutnya untuk memerhatikan segala emosi yang diekspresasikan dalam dunia nyata supaya seorang pelakon dapat menyerap ke dalam peranan yang digambarkan.Implikasi melalui pengalaman yang diperolehi dari kedua orang gurunya ini, Stanislavsky sentiasa belajar, memerhati dan menyerap segala pengalaman dan pengetahuannya dalam usahanya mencari kebenaran dalam (inner truth) di atas pentas, kebenaran perasaan dan ekspresi.

         Terdapat empat jenis tahap lakonan mengikut Stanislavski iaitu jenis Lakonan eksploitatif, jenis lakonan Lampau Amatur,Lakonan Mekanikal (Mechanical Acting) dan Lakonan Representational( Representational Acting).Terdapat lapan pendekatan prinsip lakonan Stanislavski iaitu Perkataan Magik “Bagaimana kalau” ( Magic “if”) , Situasi sedia ada (Given Circumstances) , Imiginasi, Penumpuan Pemerhatian(Circle Intension),Kebenaran dan Kepercayaan (Truth and Belief),Hubungan Emosi ataupun spiritual, Tempo dan Ritma, Adaptasi (Penyesuaian) dan Memori Recall.Kesemua prinsip-prinsip dan teknik lakonan yang disarankan oleh Stanislavski ini telah saya praktikkan bermula dari penerimaan skrip sehinggalah kepada pementasan lakonan.

2.0 Prinsip dan Teknik Stanislavski
      Prinsip dan teknik Stanislavski yang pertama ialah  perkataan magik “bagaimana kalau” ( Magic “if”). Secara ringkasnya, magic “If” adalah merupakan satu saranan dan bukanlah melibatkan atau menegaskan sesuatu terhadap apa yang sedia wujud.Pelakon akan mencipta masalah-masalah untuk dirinya dan berusaha untuk menyelesaikannya secara natural ke arah aksi-aksi dalaman dan luaran. Penggunaan magic “if” ini akhirnya akan merangsang kuat kepada imaginasi, pemikiran dan aksi-aksi ke arah logikal.Hal ini bermakna aksi-aksi yang logikal yang ditangani dengan tepat akan merangsangkan emosi dalaman.Setelah saya mendapat skrip persembahan daripada pensyarah,saya cuba menggunakan prinsip dan teknik ini.Saya berusaha untuk memahami jalan cerita secara sepintas lalu sahaja.Saya juga cuba memahami dan menghayati watak dan perwatakan yang saya bawa dalam persembahan ini ketika mempelajari teknik “script reading” dan analisa teks dramatik.Ketika menghafal skrip juga saya menggunakan prinsip ini.Saya berusaha untuk membayangkan saya berada dalam situasi sebenar.Persembahan kami merupakan drama realisme.Saya mendapat dua watak yang berlainan pada dua hari persembahan iaitu watak Rocky dan Musa.Pada hari pertama persembahan saya membawa watak Rocky yang merupakan seorang pramugara.Watak ini seorang lelaki yang pentingkan diri sendiri,pemarah dan sombong.Saya cuba menghayati watak dan perwatakan seorang pramugara.Saya juga membayangkan sekiranya saya berada dalam situasi seorang yang berada dalam situasi ketika marah dan mengamuk.Sebagai contoh,saya terpaksa mengamuk kerana terdapat penghuni lain yang mengambil tempat letak kereta.Watak ini amat bertentangan dengan diri  sebenar saya yang sentiasa tenang dalam apa jua permasalahan yang berlaku.Manakala pada hari kedua persembahan saya membawa watak Musa.Musa merupakan seorang lelaki yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.Watak musa merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual kereta dan menjadi kegilaan anak gadis di kawasan perumahan itu.Melalui kedua-dua watak ini saya membawa dengan cara tersendiri agar mendapatkan keselesaan dalam lakonan.Oleh itu melalui magic “if “ini saya menggunakannnya sebagai satu saranan dan panduan bagi menghidupkan watak Rocky dan Musa.Sebagai menghayati watak itu,saya cuba membayangkan berada dalam situasi sebenar.

       Prinsip dan teknik Stanislavski yang kedua ialah situasi sedia ada (Given Circumstances).Situasi sedia ada meliputi plot drama,latar tempat dan latar masa berlakunya aksi,kehidupan masyarakat, interpretasi pelakon dan pengarah,props yang digunakan,tatacahaya dan kesan bunyi dalam lakonan.Secara keseluruhannya situasi sedia ada merangkumi apa sahaja yang digunakan pelakon ketika menghasilkan peranan watak yang dibawa.Dalam hubungan ini, Stanislavsky percaya tingkah laku psikologikal dan fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang pelakon itu di dalam situasi sedia yang tersedia. Sehubungan dengan itu,seseorang pelakon haruslah memberi perhatian dan sentiasa selesa berada dalam persekitaran drama itu.Saya juga cuba menerapkan prinsip dan teknik ini dalam lakonan saya.Sebagai contoh ketika menjalankan teknik menganalisa teks dramatik yang mana saya menganalisis skrip tersebut dalam semua aspek.Antara aspek yang dianalisis dalam skrip tersebut ialah plot drama,latar tempat,latar masa,latar masyarakat,watak dan perwatakan,dan sebagainya.Tujuan menganalisa skrip ini adalah untuk mendapatkan gambaran penuh jalan cerita dan persekitaran berlakunya drama ini.Latar tempat bagi persembahan teater ini ialah kawasan perumahan yang mempunyai kedai makan dan rumah sewa.Prinsip ini juga saya aplikasikan ketika mempelajari teknik latihan ruang dan runthrough lakonan persembahan.Hal ini dimana saya gunakan dalam kedua-dua watak yang saya bawa.Sebagai contoh,watak Rocky dimana saya perlu meghayati watak ketika mengamuk apabila tempat letak kereta saya diambil penghuni lain.Pengaruh persekitaran telah menyebabkan saya tidak dapat mengawal sikap pemarah dengan membuat permasalahan dikawasan perumahan itu.Hal ini berlaku apabila sikap kehidupan masyarakat itu sendiri yang menyebabkan saya dapat membawa watak itu.

        Prinsip dan teknik Stanislavski yang ketiga ialah imaginasi.Menurut Stanislavski , imaginasi dilaksanakan kerana penulis skrip drama kurang memperjelaskan masa lalu dan masa depan watak-wataknya dan kurang memberi perincian kehidupan masa kini watak-watak tersebut.Cara imaginasi ini mampu membantu seseorang pelakon menghayati wataknya dari awal hingga akhir di dalam pemikirannya.Secara ringkasnya, sekiranya pelakon mempraktikkan latihan daya imaginasinya, mereka akan menemui makna yang menarik disebalik perkataan yang terucap. Hal ini seterusnya akan membuatkan intonasinya juga menjadi lebih menarik.Hal ini tidak boleh dipaksa tetapi boleh diberikan panduan.Imaginasi dalaman pelakon juga mestilah dapat ditunjukkan oleh aksi fizikal luaran.Prinsip dan teknik  ini juga saya terapkan didalam lakonan saya.Hal ini dimana saya gunakan ketika membuat analisa teks dramatik,pemerhatian watak dan latihan pengucapan dialog.Semasa menganalisis skrip tersebut,saya cuba memahami lebih mendalam kedua-dua watak yang saya akan bawa.Saya juga membuat pemerhatian sebenar bagaimana cara percakapan,berjalan dan pemakaian seorang pramugara sebagai watak rocky.Ketika membuat latihan lakonan juga saya cuba menginterpretasikan dialog dengan cara tersendiri.Menurut pensyarah saya,lakonan perlulah selaras dengan perwatakan yang dibawa.Hal ini dimana saya perlu melontarkan dialog dengan memahami setiap perkatan yang dilontarkan.Hal ini bertujuan untuk membolehkan saya memahami dan menghayati watak tersebut dengan baik.Sebagai contoh watak Rocky di mana saya perlu berimaginasi seorang pramugara yang sangat pentingkan diri sendiri dan pemarah.Manakala bagi watak Musa saya perlu membayangkan seorang lelaki yang mempunyai perwatakan yang baik dan amat disenangi masyarakat sekeliling.Saya juga perlu memainkan watak seorang lelaki yang kacak dan digilai anak gadis dikawasan perumahan tersebut.Saya turut membawa watak Musa dengan cara tersendiri kerana merupakan cara sendiri saya berimaginasi.

       Prinsip dan teknik Stanislavski yang keempat ialah penumpuan pemerhatian(Circle Intension). Menurut Stanislavsky, beliau yakin bahawa tumpuan pemerhatian sepenuhnya yang diamalkan oleh para pelakon merupakan kunci untuk mencapai suasana kreatif di atas pentas.Menurut beliau lagi, seseorang pelakon haruslah memberikan sepenuhnya tumpuan perhatiannya kepada objek-objek pentas untuk menghindarkan faktor-faktor gangguan di atas pentas.Walau bagaimanapun seseorang pelakon itu tidak semestinya melupakan penontonnya. Stanislavsky percaya sekiranya pelakon itu cuba merasakan dirinya berada  bersendirian di atas pentas, yakni tidak nampak sesiapa atau mendengar apa-apa di kalangan penonton, ia adalah bercanggah dengan seni teater (the art of theatre).Oleh demikian, hal ini tidak mustahil direalisasikan jikalau pelakon itu mampu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aksi fizikal dan terhadap ke semua yang mampu diimiginasinya di sekitarnya.Prinsip dan teknik ini sering saya gunakan ketika membuat latihan.Sebagai contoh ketika mempelajari teknik bloking.Hal ini dimana pengarah menegur pelakon yang blokingnnya tidak betul.Kami dikehendaki memperbaiki bloking yang salah.Hal ini dimana saya sendiri yang sering mengalami masalah bloking.Kami juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada pelakon lain apabila pelakon lain melontarkan dialog.Walaupun pada katika itu,saya tidak mempunyai dialog.Saya perlu mendengar dialog orang lain.Hal ini dimana saya gunakan ketika membawa watak Musa.Kami juga dinasihati agar tidak terpengaruh dengan penonton.Pada hari pertama persembahan,saya yang membawa watak Rocky tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya.Hal ini kerana saya terlalu terikut dengan gelak tawa penonton dan lakonan pelakon lain yang kadang-kadang menganggu perhatian saya.Penumpuan perhatian dalam lakonan amat penting kepada pelakon sendiri kerana tumpuan yang baik akan melancarkan persembahan.Pemerhatian dalam lakonan perlulah sepenuh hati.Pemerhatian  juga mestilah ada objek tertentu sebagai prop.Malahan juga,pelakon jangan memerhati benda yang tidak perlu diberikan perhatian.Hal ini seterusnya  boleh menganggu lakonan.

        Prinsip dan teknik Stanislavski yang kelima ialah kebenaran dan kepercayaan (Truth and Belief).Menurut Stanislavski,kebenaran di atas pentas adalah berbeza dengan kebenaran di dalam sesebuah kehidupan.Di atas pentas drama,  tiada sebarang kebenaran fakta atau peristiwa-peristiwa kerana semuanya adalah rekaan. Sehubungan itu dalam  mengekalkan daya mempercayai di atas pentas, seseorang pelakon itu tidak perlulah mengamalkan self-hypnosis (daya pukau) atau memaksa diri mereka memasuki ruang halusinasi. Oleh itu,  kepercayaan bermakna seseorang pelakon itu mengandaikan (assume) bahawa benda-benda atau manusia seolah-olahnya mereka (benda dan manusia) dan akhirnya apa yang dikehendakinya akan juga menyamai apa yang dipercayai atau dirasai oleh penonton.Prinsip dan teknik ini juga saya gunakan dalam persembahan.Hal ini dimana saya gunakan ketika membuat latihan lakonan.Sepanjang lakonan,saya perlu mencari pasangan dalaman terhadap setiap perbuatan yang ada dalam keseluruhan lakonan.Perkara ini saya gunakan semasa membawa watak Musa.Semasa berlakunya pelbagai konflik dan masalah di dalam drama ini,saya sebagai jiran tetangga akan sentiasa berhubung dengan jiran lain.Saya juga perlu meleraikan pergaduhan yang berlaku di antara Budin dan Jay Jay.Semasa membawa watak ini juga saya perlu memberi perhatian kepada setiap perbuatan yang dilakonkan oleh pelakon lain.Sebagai contoh saya perlu mendengar apa permasalahan yang berlaku dikawasan perumahan itu.Saya perlu mendengar dan bukannya berpura-pura bercakap dan tidak membuat tahu terhadap pelakon lain.Saya juga perlu melihat dan bukan pura-pura melihat.Sebagai pelakon,saya perlu melihat segala adegan yang dipersembahkan diatas pentas.Malahan juga sebagai pelakon perlulah bercakap dan bukan sekadar membaca dialog sahaja.Penghayatan dalam kedua-dua watak perlulah dirasakan dengan sepenuhnya.Bukan sekadar melontarkan dialog yang dihafal sahaja tetapi perlu sentiasa merasakan perasaan dan menjiwai watak tersebut dengan sepenuhnya.

       Prinsip dan teknik Stanislavski yang keenam ialah hubungan emosi ataupun spiritual.Menurut Stanislavski,seseorang pelakon tersebut haruslah menghayati segala apa yang diperkatakan oleh pelakon lain.Hal ini dapat dilakukan melalui perkataan-perkataan dialog yang dilontarkan oleh mereka, melalui aksi-aksi mereka dan melalui pemikiran-pemikiran mereka seperti pertama kali berlakon.Semasa cuba mempengaruhi pelakon lain,pelakon tersebut perlulah cuba mencapai kesan fizikal seperti ekspresi senyuman.Hal ini bermakna pelakon lain akan mendengar dan memahami apa yang seseorang pelakon itu katakan kepadanya.Hal ini akan mewujudkan proses saling pengaruh-mempergaruhi dalam kalangan para pelakon tersebut sewaktu adegan drama dilangsungkan.Prinsip dan teknik ini juga telah saya gunakan dalam persembahan.Saya menggunakan prinsip ini ketika membuat latihan pocket serta latihan ruang dan runthrough lakonan persembahan.Semasa membuat latihan pocket dimana pensyarah saya memberi latihan kepada bahagian tertantu sahaja.Sebagai contoh,watak Rocky yang mana muncul pada babak 3 dan 4 sahaja.Saya perlu bermain dengan emosi ketika marah dan mengamuk.Saya perlu menjerit dan memarahi Lily yang mengambil tempat letak kereta saya.Saya juga perlu mempertahankan hak sebagai penyewa disitu di mana saya perlu berebut tempat letak kereta tersebut.Manakala bagi watak Musa,saya perlu mengawal emosi dan mententeramkan emosi pelakon lain ketika berlaku suatu konflik masyarakat sekeliling.Ekspresi emosi perlulah diselarikan dengan pergerakan fizikal.Sebagai contoh,watak Rocky dimana saya perlu marah dengan emosi yang tidak stabil.Saya juga perlu mendengar nasihat Pak Hassan yang cuba meleraikan pertengkaran antara watak Rocky dan Lily.Setiap perkataaan yang saya lontarkan perlulah seiring dengan pergerakan fizikal dan mental saya.

        Prinsip dan teknik Stanislavski yang ketujuh ialah tempo dan ritma.Menurut Stanislavsky, tempo dan ritma merupakan syarat penting untuk menghasilkan kebenaran dan kemantapan dalam melaksanakan aksi-aksi fizikal.Beliau berpendapat di dalam kehidupan setiap minit mempunyai tempo(kelajuan) dan ritma (intensiti pengalaman yang berubah-ubah) baik di dalam atau diluar kita.Secara ringkasnya, Stanislavsky menjelaskan di dalam diri individu itu, terdapat ritma yang mempunyai kebenaran yang sebenar.Prinsip dan teknik ini juga saya gunakan dalam latihan lakonan.Sebagai contoh watak Rocky dimana saya perlu mengawal suara ketika marah.Walaupun ketika marah,setiap dialog yang dilontarkan perlulah jelas dan difahami penonton.Saya perlu menjaga tempo  dan ritma.Tenaga yang dikeluarkan perlulah sentiasa meningkat dan bukannya semakin menurun.Oleh itu sya perlu menjaga tempo agar tidak hilang maksud dan penyampaian dialog.Hal ini akan menggangu pelakon lain untuk berdialog.Malahan juga akan menganggu persembahan saya.Sebagai contoh ketika membuat latihan akhir dimana saya perlu mengawal tempo agar tidak terlalu laju ketika melontarkan dialog.Dialog yang dilontarkan dengan tidak jelas dan laju akan menyebabkan penonton dan pelakon lain tidak memahami apa dialog yang saya lontarkan.Hal ini seterusnya akan mengganggu perjalanan persembahan dan memberi kesan kepada perhatian penonton.Penonton tidak dapat memahami dialog yang dilontarkan oleh pelakon.Hal ini akan menyebabkan penonton berasa bosan dan tertnya-tanya dengan lakonan sebagitu.

        Prinsip dan teknik Stanislavski yang kelapan ialah adaptasi (Penyesuaian).Menurut Stanislavsky, adaptasi merupakan kaedah untuk mengatasi halangan fizikal di dalam usaha untuk mencapai matlamat.Stanislavsky menegaskan apabila seseorang pelakon itu mempunyai matlamat di dalam mindanya dan setelah mentafsirkan individu-individu yang akan dihadapinya,seseorang pelakon itu haruslah memikirkan cara mengadaptasi ataupun menyesuaikan diri dalam persembahan.Prinsip dan teknik ini juga turut saya gunakan dalam memainkan kedua-dua watak tersebut.Hal ini bertujuan untuk mrmberikan keselesaan kepada diri saya untuk berlakon dengan lebih baik.Saya menggunakan prinsip dan teknik  ini ketika membuat latihan bloking,latihan ruang dan runthrough lakonan persembahan serta lakonan akhir.Semasa membuat latihan bloking,saya akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan situasi lakonan.Blocking yang betul tidak akan menganggu seseorang pelakon menyesuaikan diri dengan lakonannya.Sebagai contoh ketika saya membawa watak Rocky pada hari pertama persembahan.Saya perlu bijak menyesuaikan diri dengan prop yang ada diatas pentas ketika membuat adegan mengamuk akibat tempat letak kereta diambil penyewa lain.Saya juga perlu menyesuaikan diri untuk menggunakan keseluruhan ruang di kawasan perumahan tersebut.Saya juga cuba menyesuaikan diri ketika membawa watak Musa pada hari kedua persembahan.Hal ini dimana saya perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran kawasan perumahan yang penuh dengan konflik kehidupan bermasyarakat.Saya sebagai jiran tertangga perlulah menyesuaikan diri dengan  konflik yang berlaku.Sebagai jiran,saya perlu bijak menyesuaikan diri dengan segala konflik yang berlaku dalam sesuatu permasalahan itu.Sebagai contoh,semasa berlaku pergaduhan diantara Budin dan Jay Jay,saya perlu mengelak prop meja makan untuk meleraikan pergaduhan tesebut.Melalui cara itu saya dapat mengatasi halangan fizikal supaya tidak menganggu persembahan.Hal ini jelas menunjukkan bahawa halangan fizikal yang ada diatas pentas tidak boleh dijadikan alasan kepada saya untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.Situasi tersebut juga berlaku semasa pergaduhan diantara Zulkifli dan Pak Hassan.Kami sebagai jiran tetangga perlu bijak menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.Hal ini juga sama etikka latihan bloking diman saya juga saya perlu cuba mendapatkan bloking yang betul agar tidak tenggelam dalam persembahan tersebut.Saya perlu sentiasa mendapatkan bloking yang betul ketika berlakon.Sebagai contoh ketika memainkan watak Musa pada hari kedua.Hal ini dimana saya perlu mendapatkan bloking yang betul ketika berada dalam situasi yang adanya watak utama.Walaupun pada dasarnya saya tidak mempunyai dialog.Saya perlu bijak mendapatkan dan menyesuaikan diri dengan bloking yang dilakukan pelakon lain.Hal ini dilakukan agar saya tidak terus tenggelam dalam lakonan tersebut.

        Prinsip dan teknik Stanislavski yang kesembilan ialah memori recall.Menurut Stanislavsky pengalaman seseorang pelakon di atas pentas berbeza dengan pengalaman di dalam kehidupan mereka secara realiti. Perbezaannya berdasarkan hakikat bahawa pelakon berada di atas pentas bertindak sebagai watak dan juga pelakon yang mencipta watak. Pengalaman pelakon dengan wataknya saling mempergaruhi di antara satu sama lain. Stanislansky juga menjelaskan bahawa setiap pelakon perlu tahu mengenai perbezaan diantara pengalaman hidup yang sebenar dan pengalaman di atas pentas. Prinsip dan teknik  ini juga saya gunakan dalam mendapatkan persembahan yang baik.Hal ini kerana pengalaman seseorang secara realiti dapat diterapkan dalam lakonan.Walaupun lakonan persembahan sekadar kehidupan lakonan sahaja,namun secara realitinya pelakon perlulah menghayati pengalaman tersebut.Hal ini juga kerana saya sekadar memainkan watak diatas pentas sahaja.Dalam dunia realiti,watak dan perwatakan saya adalah bertentangan dengan watak dalam lakonan.Sebagai contoh watak Rocky,dimana diluar lakonan saya seorang yang begitu tenang dan tidak suka marah.Saya akan cuba membawa watak tersebut dengan baik walaupun bertentangan dengan diri saya.Saya juga cuba membawa watak tersebut dengan cara tersendrir.Mengintrepretasikan watak cara tersendiri adalah lebih baik daripada berusaha berpuara-pura memainkan watak tersebut.Namun cara tersendiri yang saya bawa perlulah selaras dengan jalan cerita tersebut.Pengalaman melakonkan watak seperti ini membolehkan saya menjadi lebih matang dan bersikap terbuka dalam kehidupan bermasyarakat.Hal ini juga adalah sama seperti watak Musa yang saya mainkan pada hari kedua.Hal ini dimana saya perlu membayangkan kehidupan masyarakat di kawasan perumahan tersebut.Walaupun secara realitinya saya tinggal di kawasan kampong sahaja.Semua konflik seperti itu pada dasarnya memang sering wujud dalam kehidupan bermasyarakat.Namun ketika membuat lakonan di atas pentas,saya perlu cuba menyelami untuk menghayati kehidupan bermasyarakat seperti dalam lakonan ini.Pengalaman di dunia reality dapat diterapkan dalam lakonan.Walaupun pada dasarnya ia hanya lakonan semata-mata.

3.0 Kesimpulan
        Secara konklusinya,prinsip dan teknik yang diperkenalkan oleh Konstantin Stanislavsky merupakan teknik yang menyeluruh.Teknik ini amat berguna kepada semua golongan yang melibatkan diri dalam bidang lakonan.Teknik lakonan yang diperkenalkan oleh beliau amat berguna kepada semua golongan yang ingin mempelajari lakonan.Seseorang pelakon teater akan menjadikan prinsip dan teknik tersebut sebagai rujukan yang bermakna untuk menghasilkan sebuah persembahan teater yang menarik dan baik.Golongan pelajar juga dapat  menjadikan prinsip dan  teknik yang diperkenalkan oleh Konstantin Stanislavsky sebagai rujukan dalam mempelajari persembahan teater.

REFLEKSI DIRI



Teknik “Script Reading”
 1.0 Teknik yang diperkenalkan
         Teknik pertama yang diperkenalkan oleh pensyarah saya,Encik Shuradi ialah teknik “script reading”.Sebelum membaca skrip,kami diberikan skrip pementasan yang bakal kami persembahkan.Kami juga masing-masing  diberikan watak yang perlu kami pikul dalam pementasan tersebut.Saya sendiri mendapat dua watak yang berlainan untuk dua hari persembahan iaitu watak Rocky dan Musa.Setelah diberikan skrip,kami dikehendaki membaca secara skrip tersebut dan cuba memahami lakonan watak masing-masing serta mulai mencuba cara pengucapannya.Kesalahan pengucapan perlulah mulai dihindarkan sejak pertama kali latihan.Menurut pensyarah saya,sebaik-baiknya kesalahan itu perlulah disedari oleh diri sendiri.Pensyarah saya hanya membimbing sahaja dan bukan memberikan ketentuan harus begini dan harus begitu.Hal ini demikian akan mematikan daya pemikiran (imaginasi) seseorang.Pensyarah juga menerangkan terlebih dahulu tema (pati) lakon, ringkasan ceritanya, pentafsiran (interpretasi) watak-watak yang harus dilakonkan oleh pelakon, hubungan antara satu pelakon dengan pelakon yang lain, pertentangan, ketegangan puncak dan pemecahan masalah dan cara pementasan.

2.0 Masalah
        Pada hari pertama membaca skrip,masalah yang dihadapi oleh saya ialah tidak memahami sepenuhnya jalan cerita skrip yang diberikan.Hal ini kerana saya sekadar membaca skrip tersebut sahaja tanpa membuat analisis skrip tersebut.Tambahan pula saya hanya sekadar membaca sepintas lalu sahaja skrip yang diberikan.Saya juga tidak memahami jalan cerita yang sebenarnya dengan skrip yang diberikan kepada kami.Selain itu,saya juga menghadapi masalah dalam memahami watak sebenar  yang akan dimainkan oleh saya.Saya tidak memahami bagaimana ingin membawakan watak tesebut dalam persembahan kelak.

3.0 Cara Atasi
        Pada hari seterusnya,saya cuba mencari inisiatif untuk menyelesaikan permasalahan ini.Langkah yang diambil oleh saya dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah membaca skrip tersebut berulang kali.Tujuan saya membaca berulang kali skrip tersebut ialah untuk memhami jalan cerita skrip tersebut.Saya juga mengambil masa lebih kurang satu hari untuk  betul-betul memahami jalan cerita skrip tersebut.Saya juga cuba menginterpretasikan watak yang saya ingin bawa.Saya juga cuba memahami bagaimana hendak membawa watak tersebut dalam diri saya.

4.0 Rumusan
        Konklusinya,teknik “script reading” amat penting kepada seseorang pelakon teater.Hal ini kerana teknik ini merupakan langkah pertama apabila seseorang pelakon mendapat skrip daripada pengarah.Melalui teknik ini juga saya dapat memahami gambaran jalan cerita skrip tersebut dengan lebih terperinci.Hasil pembelajaran teknik ini juga membolehkan saya mengaplikasikan proses lakonan dari teks dramatik ke dalam teks persembahan.

Teknik Analisa Teks Dramatik
1.0 Teknik yang diperkenalkan
        Teknik kedua yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah teknik analisa teks dramatik.Teknik ini amat penting setelah seseorang pelakon mendapat skrip.Mempelajari dan memahami skrip yang telah diterbitkan akan memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari aspek asas dalam memahami babak, menentukan objektif, membahagikan setiap babak kepada bit, memahami maksud tersurat dan tersirat, mencapai objektif, memberi reaksi dan mengatasi segala halangan dalam babak tersebut.Apabila asas dan pemahaman skrip telah dipelajari, lakonan berbentuk komedi atau drama dapat disampaikan dengan baik.Melalui analisis skrip juga saya dapat mengetahui watak perwatakan,tema dan persolan,latar tempat,latar masa dan nilai pengajaran yang dapat dikutip dalam persembahan teater ini.

2.0 Masalah
        Masalah yang saya hadapi dalam teknik menganalisis skrip ini ialah kurang jelas mengetahui dan memahami semua watak perwatakan,tema dan persolan,latar tempat,latar masa dan nilai pengajaran dalam skrip ini.Saya juga tidak memahami watak sebenar watak yang akan dimainkan oleh saya.

3.0 Cara Atasi
        Langkah yang diambil oleh saya dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah  memahami semua plot jalan cerita ini.Saya mengambil inisiatif mengelaskan semua watak yang ada dalam cerita ini.Saya juga cuba memahami latar tempat berlakunya cerita ini.

4.0 Rumusan
      Secara konklusinya,teknik analisa teks dramatik amat penting kepada seseorang pelakon setelah mendapat skrip.Analisis skrip membolehkan seseorang pelakon memahami jalan cerita tersebut dengan  lebih mendalam.Pelakon juga akan mendapat gambaran yang lebih jelas untuk menghayati cerita tersebut.Melalui teknik analisa teks dramatik juga membolehkan saya mengaplikasikan pembinaan watak untuk persembahan lakonan kelak.

Teknik Pemerhatian Watak
1.0 Teknik yang diperkenalkan
        Teknik ketiga yang saya pelajari ialah teknik pemerhatian watak.Menurut pensyarah saya,seseorang pelakon perlulah menghayati watak yang diberikan.Justeru,kami diminta membuat pemerhatian watak di dalam kehidupan realiti.Penghayatan watak ini adalah suatu cara untuk mengutarakan emosi dan fikiran di sebalik ayat yang diucapkan dan di sebalik lakonan yang dilakukan. Jadi sebelum ayat itu diucapkan ia sudah terlebih dahulu dihuraikan menurut kandungan perasaan dan kandungan fikiran.Seterusnya barulah ayat itu dapat diucapkan dengan penuh erti.Cara menghayati perasaan dan fikiran ialah melalui pengucapan,pergerakan anggota badan dan ekspresi wajah.Kami diminta untuk membuat pemerhatian bagaimana watak dan perwatakan sebenar di dunia realiti watak yang kami mainkan.Sebagai contoh watak yang dimainkan oleh saya sendiri pada hari pertama persembahan iaitu watak “ROCKY”.Saya perlu membuat pemerhatian bagaimana watak dan perwatakan seorang pramugara bercakap dan berjalan.Melalui pemerhatian tersebut,saya sendiri perlu cuba menginterpretasikan watak itu dengan cara tersendiri.

2.0 Masalah
        Pada hari pertama,saya mengalami masalah untuk menghayati watak tersebut.Hal ini kerana saya perlu menjadi seorang pramugara yang pentingkan diri sendiri dan sombong.Sikap ini bertentangan dengan sikap sebenar saya.Tambahan pula saya tidak pandai mengamuk dan marah.Malahan juga watak tersebut memerlukan lontaran suara seperti menjerit dan mengamuk.Pada dasarnya saya agak sukar untuk menghayati watak ini.

3.0 Cara Atasi
       Pada hari latihan seterusnya,saya cuba mencari penyelesaian bagi menyelesaikan permasalahan ini.Saya cuba menanamkan sikap pentingkan diri sendiri,sombong dan pemarah dalam diri saya.Saya cuba melontarkan dialog dengan kuat.Hal ini seterusnya membolehkan saya dapat menghayati watak tersebut dengan baik.

4.0 Rumusan
        Konklusinya,seseorang pelakon itu perlulah cuba menghayati watak yang diberikan sebaik-baiknya.Penghayatan watak amat penting bagi membolehkan penonton mengikuti sesuatu persembahan.Walaupun watak tersebut bertentangan dengan sikap sebenar,pelakon perlulah membuat permerhatian sendiri watak tersebut.Hal ini membolehkan seseorang pelakon meengetahui dan menghayati sesuatu watak. Melalui teknik pemerhatian watak juga membolehkan saya mengaplikasikan pembinaan watak yang sebenar untuk persembahan lakonan.

Teknik Menghafal Skrip
1.0 Teknik yang diperkenalkan
         Teknik keempat yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah teknik menghafal skrip.Seseorang pelakon teater itu perlulah menghafal skrip yang diberikan dengan baik.Sekiranya skrip tidak dihafal,ia boleh menganggu sesuatu persembahan itu.Menurut pensyarah saya,sebagai pelakon jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada setiap patah perkataan skrip itu.Kami boleh mengubah suai ayat itu mengikut keselesaaan sendiri asalkan membawa maksud yang sama dengan skrip asal.Saya terpaksa menghafal dialog dua watak kerana memainkan dua watak yang berlainan pada kedua-dua hari persembahan.Dialog yang dihafal perlulah difahami dengan baik untuk menghayati watak tersebut dengan baik.

2.0 Masalah
        Masalah yang dihadapi oleh saya dalam teknik ini ialah menghafal nombor plat kereta.Saya mengalami masalah ini kerana terpaksa menjerit berulang-ulang kali.Saya juga terpaksa ambil masa untuk betul-betul menghafal dan memahami skrip.Sememangnya hafalan memerlukan masa dan ketenangan untuk mengafal.Tambahan pula  saya tidak dapat menghafal dalam tekanan.

3.0 Cara Atasi
        Langkah yang saya ambil dalam menyelesaikan permasalahan menghafal skrip ini  ialah membaca berulang-ulang kali.Saya juga menghafal dialog ini ditempat yang tenang daripada gangguan bising.Tekanan hafalan daripada pensyarah juga membolehkan saya dapat menghafal skrip dengan cepat.Saya juga mengeluarkan dialog watak saya dan menulis di dalam kertas lain.Hal ini membolehkan saya memberi fokus kepada dialog watak yang dimainkan oeh saya sahaja.Saya juga mengambil inisiatif menghafal sedikit demi sedikit sehingga semua dialog saya dapat dihafal sepenuhnya bagi kedua-dua watak tersebut.

4.0 Rumusan
        Konklusinya,seseorang pelakon wajib menghafal skrip agar dapat melontarkan dialog dengan baik ketika persembahan.Sekiranya tidak dapat menghafal,seseorang pelakon itu perlulah memahami situasi dan jalan cerita dengan baik.

Teknik Pengucapan Dialog
 1.0 Teknik yang diperkenalkan
         Teknik kelima yang saya pelajari ialah teknik pengucapan dialog.Teknik ini sangat penting sekali kerana dengan seni berbicara seseorang dapat menguasai sesuatu keadaan.Antara langkah yang disarankan oleh pensyarah ialah merakamkan suara pada pita rakaman, kemudian dengarkan adakah suara yang dilontarkan itu cukup jelas, terang,dan mudah difahami.Seandainya tidak berpuas hati,bolehlah dilakukan berulang kali.Teknik pengucapan dialog ini juga dapat dijalankan secara berkumpulan.Sekiranya suara sudah cukup baik maka bacalah lakonan dengan suara berbisik kemudian ucapkan dengan suara yang sebenarnya. Rasakanlah sehingga suara huruf konsonan kedengaran dengan jelas dalam bahasa ucapan.Untuk menambah kemantapan suara, berlatihlah mengucapkan suara yang bergema. Cara membesar gema suara ialah ucapkan suara dengan kuat, lepas dan bebas di tempat latihan, di bilik tertutup (misalnya di bilik mandi) di hutan rimba, di pergunungan, di tepi sungai atau tempat lain yang sekiranya tidak menganggu ketenteraman orang lain.

2.0 Masalah
        Masalah yang dihadapi oleh saya ialah sering tergesa-gesa untuk melontarkan dialog.Apabila saya hanya menghafal skrip sahaja tanpa memahami skrip,ia menyebabkan saya mengalami masalah dalam pengucapan dialog dengan baik.Masalah pengucapan dialog ini menyebabkan setiap perkataan yang saya lontarkan sukar difahami oleh pelakon lain.Tambahan pula saya juga mengalami masalah pengucapan loghat yang sudah tersemat dalam diri saya ini.Saya sering terkeluar loghat utara ketika melontarkan dialog.


3.0 Cara Atasi
        Langkah penyelesaian yang saya ambil dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah sentiasa bertenang ketika melontarkan dialog.Saya juga membuat latihan menyampaikan dialog secara perlahan sahaja tanpa tergesa-gesa.Tujuan latihan ini adalah untuk membolehkan setiap perkataan yang dilontarkan lebih jelas dan difahami pelakon dan penonton.

4.0 Rumusan
       Secara konklusinya,teknik pengucapan dialog memberi banyak faedah kepada pelakon.Hal ini membolehkan seseorang pelakon itu dapat melontarkan dialog dengan lebih baik.

Teknik Muncul
1.0 Teknik yang diperkenalkan
        Teknik keenam yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah teknik muncul.Satu hal yang sangat menentukan seseorang pelakon terutama pelakon utama dan pelakon tambahan adalah teknik muncul untuk pertama kali. Muncul untuk pertama kali ini haruslah menimbulkan kesan pertama yang baik kepada penonton kerana ini banyak pengaruhnya sampai ke akhir lakonan.Sekiranya kemunculan pelakon ini tidak menarik atau dengan biasa sahaja, adegan itu boleh menjadi tidak jelas.Hal ini mungkin juga dapat merosakkan suasana dan simpati penonton pun hilang.Suasana dalam pentas ketika muncul ini ada beberapa kemungkinan seperti kalau memakai layar atau memakai cahaya lampu,sebelum layar dibuka atau sebelum lampu dihidupkan pelakon sudah berada di atas pentas .Yang kedua ialah pentas dalam keadaan kosong,tidak lama kemudian pelakon masuk.Yang ketiga adalah pelakon itu muncul di tengah panggung ketika sudah ada pelakon lain.Apabila pelakon yang berada diatas pentas namun langsung tidak berdialog,namun perlu mengambil masa senyap seketika sekitar dua atau tiga minit. Barulah ia memulai lakonan pertamanya. Cara ini akan mewujudkan tanda tanya di hati penonton.Penonton akan tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh pelakon itu. Pada ketika ini,pelakon itu haruslah bijak membuat adegan sendiri agar tidak menganggu pelakon lain.

2.0 Masalah
         Pada hari pertama mempelajari teknik ini saya mengalami masalah sering terlambat muncul dalam bahagian yang perlu saya muncul.Saya tidak dapat mengagak waktu yang tepat untuk muncul dalam bahagian yang ada watak saya.Hal ini berlaku kerana saya tidak membuat latihan kerap dimana waktu yang tepat untuk saya muncul dalam sesuatu babak itu.Saya juga tidak dapat mengagak waktu yang tepat bagi menyambung lakonan orang lain.

3.0 Cara Atasi
         Pada hari seterusnya saya  mencari jalan penyelesaiaan bagi menyelesaikan permasalahan ini iaitu dengan membuat latihan kerap bagi mengingat babak yang memerlukan kemunculan watak saya.Saya bersungguh-sungguh membuat latihan agar dapat mengingat waktu munculnya watak saya.

4.0 Rumusan
         Konklusinya,teknik muncul ini juga amat penting bagi persembahan teater.Hal ini kerana teknik ini membolehkan seseorang pelakon mengetahui masa,tempat dan babak munculnya watak yang dimainkannya.Hal ini juga akan melancarkan persembahan dan tidak menganggu persembahan pelakon lain.Walaupun kemunculan watak sekejap sahaja,namun kemunculannnya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.

Teknik “Blocking”
1.Teknik yang diperkenalkan
         Teknik ketujuh yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah blocking.Pensyarah saya menenerangkan bagaimana blocking dalam persembahan dan juga kawasan pelakon dengan lakonannya.Walaupun latihan ini masih diperingkat awal,namun kami dikehendaki membiasakan diri seolah-olah berada pada satu situasi, suatu tempat dengan  prop yang diminta dalam skrip,walaupun hanya sekadar dalam bentuk imaginasi sahaja.Misalnya ruangan rumah kedai, cukup dengan meja makan sahaja untuk dijadikan prop pementasan.Selepas latihan,di rumah atau di tempat lain yang selesa juga boleh dijadikan tempat bagi setiap pelakon menghafal lakonnya dan gerak lakonnya.Hal ini begitu juga dengan ekspresi wajahnya.Apabila kembali latihan,kami perlulah sudah bersiap dan bersedia untuk melakonkan bahagian masing-masing.Kami juga diberikan masa untuk kembali kepada latihan seterusnya.Hal ini membolehkan kami mempunyai kesempatan untuk menghafal lakonan dan mempelajari lakonan tersebut.

2.Masalah
        Pada hari pertama mempelajari teknik ini ialah saya mengalami masalah memahami apa itu bloking yang sebenarnya dalam persembahan teater ini.Saya juga tidak dapat mencari bloking yang sebetulnya dalam persembahan teater ini.Hal ini kerana apabila berdialog dengan pelakon lain diatas pentas saya sering mengalami masalah pergerakan badan.Saya sering bergerak apabila menyampaikan dialog.Hal ini menyebabkan pelakon lain tidak dapat berhubung dengan baik dengan saya.

3.Cara Atasi
         Pada hari seterusnya,saya mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan permasalahan ini iaitu saya menonton video persembahan teater.Melalui tontonan video itu,saya cuba memahami bagaimana hendak mendapatkan bloking yang betul apabila hendak mempersembahkan teater nanti.Saya juga turut mengambil langkah dengan cuba untuk mengurangkan pergerakan badan apabila hendak menyampaikan dialog dengan pelakon lain.Hal ini membolehkan saya dapat melontarkan dialog seiring dengan pergerakan  tubuh badan saya.

4.0 Rumusan
         Konklusinya,bloking dalam persembahan teater perlulah sentiasa dijaga semasa melakukan persembahan.Hal ini kerana bloking yang tidak betul akan menyebabkan seseorang pelakon tenggelam dalam persembahan.Penonton tidak dapat menyaksikan penyampaian dan penghayatan watak yang dimainkan oleh pelakon.Justeru, latihan bloking terlebih dahulu sebelum melontarkan dialog dapat membuatkan seseorang pelakon mendapatkan bloking yang betul semasa persembahan.

Teknik Latihan Pocket
1.0 Teknik yang diperkenalkan
       Teknik kelapan yang saya pelajari ialah teknik latihan pocket.teknik ini merupakan teknik dimana pengarah mengeluarkan sesuatu babak dan dibuatkan latihan bagi bahagian tersebut sahaja.Pengarah hanya akan menumpukan kepada bahagian itu sahaja.Pengarah juga akan menegur kesalahan dan memberi tunjuk ajar kepada pelakon bagi melakukan sesuatu lakonan.


2.0 Masalah
       Masalah yang saya hadapi ketika mempelajari teknik ini ialah merasa sedikit tekanan untuk membuat lakonan yang diminta oleh pensyarah saya.Tekanan yang dialami menyebabkan saya sering terlupa dialog dan berasa gementar untuk melontarkan dialog dengan baik.

3.0 Cara Atasi
        Langkah yang saya ambil dalam mengatasi permasalahan ini ialah sentiasa tenang dan cuba melakonkan seperti apa yang diminta oleh pensyarah saya.Saya juga cuba menghayati watak tersebut dengan membawa cara lakonan yang tersendiri berdasarkan tunjuk ajak yang disarankan oleh pensyarah saya.

4.0 Rumusan
        Kesimpulannnya,teknik latihan pocket membolehkan seseorang pengarah memberi tumpuan sepenuhnya kepada seseuatu bahagian itu.Pengarah juga dapat membetulkan lakonan pelakon dengan terus ketika membuat latihan pocket ini.Pelakon juga akan sentiasa berusaha untuk mengubah cara lakonan menjadi lebih baik.

Teknik Latihan Ruang dan Runthrough Lakonan Persembahan
1.0 Teknik yang diperkenalkan
        Teknik kesembilan yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah latihan ruang dan runthrough lakonan persembahan.Ketika latihan ini di lakukan kami semua  perlulah sudah menghafal sepenuhnya skrip yang diberikan.Kami juga perlulah tahu bila ingin memulakan dan mengakhirkan melontarkan dialog.Kami juga perlulah sudah memahami gerak laku atau lakonan yang akan dimainkan.Pada masa  inilah setiap pelakon akan mengembangkan daya kreativiti masing-masing.Pengucapan dan lakonan perlulah disesuaikan.Pentafsiran  dalam lakonan juga akan sentiasa dikembangkan dengan baik.Gerakan-gerakan kecil yang lebih  menggambarkan watak akan ditambah di mana yang perlu.Pengarahan yang telah disampaikan oleh pengarah secara asas  dilengkapkan di mana yang perlu dengan automatik dan wajar.Pada masa ini, sudah mula memakai barang-barang dan alat-alat yang  diperlukan dalam persembahan. Barang-barang yang digunakan adalah sebenarnya dan bukannya secara imaginatif lagi.Penyambutan atau penyambungan dialog antara seorang pelakon dengan pelakon lainnya perlulah sudah lancar.Malahan juga jangan ada lagi seorang pelakon yang sudah lama berhenti bercakap dan seorang lagi masih diam.Pada adegan-adegan yang khusus perlulah mendapat latihan yang khusus. Misalnya pada adegan yang emosional atau adegan percintaan.Ia perlulah dilakukan berulang-ulang kali sehingga menjadi baik, wajar dan cukup menyakinkan. Di sinilah bermulanya teknik berlakon.Teknik berlakon ialah cara bagaimana melakonkan cerita itu sebaik mungkin.Dalam teknik berlakon inilah seseorang pelakon dinilai.Seorang pelakon yang muncul hanya sekejap sahaja dapat  dilihat kemampuannya berlakon apabila ia menunjukkan teknik yang baik.Dari sini pulalah nanti pengarah akan meningkatkan seorang pelakon dari pelakon tambahan menjadi pelakon antagonist atau pelakon protagonist.

2.0 Masalah
        Pada hari pertama mempelajari teknik ini saya sering mengalami masalah terlupa waktu bila untuk menyampaikan dialog dan menyambung dialog yang dilontarkan pelakon lain.Hal ini berlaku kerana  pelakon lain melangkau dialog atau membuat dialog sendiri.Hal ini telah menyebabkan saya mengalami masalah untuk menyambung dialog.Malahan juga saya terlalu menghafal skrip tanpa betul-betul memahami dialog tersebut.

3.0 Cara Atasi
         Pada hari seterusnya,saya cuba mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan permasalahan ini.Langkah yang saya ambil dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah mengingat setiap waktu dan tempat untuk menyampaikan dialog atau menyambung dialog.Saya telah membuat latihan sendirian berulang kali untuk mengingat.Tujuan saya melakukan langkah begini adalah untuk mengingat pada masa bila saya perlu melontarkan dialog.Saya juga cuba memahami setiap perkataan dalam dialog yang saya akan sampaikan.Hafal dialog tanpa memahami dialog sahaja tidak dapat membuatkan seseorang pelakon menghayati watak.

4.0 Rumusan
         Konklusinya,teknik latihan ruang dan runthrough lakonan persembahan amat penting sebelum persembahan penuh sesuatu  persembahan teater.Hal ini memberikan kesan yang baik kepada diri pelakon itu sendiri untuk memahami watak dan mengingati situasi persembahan  yang sebenar.



Teknik Latihan Akhir(Full Rehearsal)
1.0 Teknik Yang Diperkenalkan
         Teknik terakhir yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah teknik latihan akhir(Full Rehearsal).Dalam latihan akhir ini, bukan hanya pelakon yang harus ada, tetapi semua kru produksi teater sama ada bahagian pembuka layar, jurulampu, juruhias termasuk juga penerima tamu harus turut membuat latihan penuh.Pengarah sebagai penonton akan melihat dengan teliti dimana bahagian yang perlu diberi perubahan.Sekiranya terdapat sesuatu kesalahan ia hanyalah kesalahan kecil sahaja. Apabila selesai latihan akhir,akan adakan perbincangan dengan semua kru produksi teater.Seterusnya pengarah akan membuat pengubahsuaian bahagian yang kurang baik dan memberi arahan kepada pelakon untuk mengubahnya sebelum persembahan sebenar.

2.0 Masalah
         Masalah yang saya hadapi dalam latihan penuh ini ialah tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada persembahan.Hal ini berlaku adalah kerana saya sering hilang fokus apabila terpaksa menunggu munculnya watak saya.Saya juga tidak dapat melontarkan dialog dengan baik kerana mengalami masalah suara.Apabila saya sering terjerit-jerit ketika melontarkan dialog menyebabkan suara saya menjadi serak.

3.0 Cara Atasi
        Langkah yang saya ambil dalam mengatasi permasalahan ini ialah sentiasa bertenang dan memberi sepenuh perhatian kepada persembahan.Malahan juga saya memperbanyakkan minum air mineral untuk mendapatkan semula suara yang lebih baik.Ketika latihan penuh ini saya akan cuba mengawal suara agar tidak menjejaskan persembahan sebenar saya kelak.Saya juga memperbanyakkan merehatkan dan menenangkan diri sebelum persembahan sebenar.

4.0 Rumusan
        Kesimpulannnya,teknik akhir(full rehearsal) amat penting kepada sesebuah produksi persembahan teater.Hal ini membolehkan pelakon berada dalam situasi sebenar lakonan sebelum melakukan persembahan.Pelakon juga dapat mengaplikasikan teknik lakonan dalam bentuk realisme.

           


<TEATER MENGAJAR ERTI PERSAHABATAN>