1.0 Pengenalan
Tokoh Pengarah dan Asemble Lakonan
Realisme iaitu Konstantin Stanislavsky (1863-1923) dilahirkan pada tahun 1863
melalui hasil daripada perkongsian hidup Sergei Vladimirovich Al-Exeyevev
(bapanya) dengan seorang pengusaha benang emas dan perak iaitu Elistaveta Vasilieva Alexeyeva (ibunya) yang
juga merupakan seorang pelakon yang lebih dikenali sebagai Marie Valley.Mengikut
sejarah peribadinya, semenjak dari kecil lagi
Stanislavsky telah diajar tarian ballet oleh Yekaterina Sanskovskaya iaitu
seorang yang mashyur di Russia.Sanskovskaya yang terkenal kerana bakat
dramatiknya yang kuat dan minatnya terhadap motivasi psikologi dalam watak yang
digambarkan, pergaruh sifatnya telah tersemai ke dalam diri Stanislavsky.
Kemudian Stanislavsky diletakkan di bawah pengaruh Mikail Shehepkin, pelakon
berbangsa Russia yang terkenal di pertengahan abad ke 19. Shehepkin adalah
pelakon pertama memperkenalkan
‘simplisiti’ dan ‘lifeliness’ ke dalam satu lakonan.Beliau mengajar penuntutnya
untuk memerhatikan segala emosi yang diekspresasikan dalam dunia nyata supaya
seorang pelakon dapat menyerap ke dalam peranan yang digambarkan.Implikasi
melalui pengalaman yang diperolehi dari kedua orang gurunya ini, Stanislavsky
sentiasa belajar, memerhati dan menyerap segala pengalaman dan pengetahuannya
dalam usahanya mencari kebenaran dalam (inner truth) di atas pentas, kebenaran
perasaan dan ekspresi.
Terdapat empat jenis tahap lakonan
mengikut Stanislavski iaitu jenis Lakonan eksploitatif, jenis lakonan Lampau
Amatur,Lakonan Mekanikal (Mechanical Acting) dan Lakonan Representational(
Representational Acting).Terdapat lapan pendekatan prinsip lakonan Stanislavski
iaitu Perkataan Magik “Bagaimana kalau” ( Magic “if”) , Situasi sedia ada
(Given Circumstances) , Imiginasi, Penumpuan Pemerhatian(Circle
Intension),Kebenaran dan Kepercayaan (Truth and Belief),Hubungan Emosi ataupun
spiritual, Tempo dan Ritma, Adaptasi (Penyesuaian) dan Memori Recall.Kesemua
prinsip-prinsip dan teknik lakonan yang disarankan oleh Stanislavski ini telah
saya praktikkan bermula dari penerimaan skrip sehinggalah kepada pementasan
lakonan.
2.0 Prinsip dan Teknik Stanislavski
Prinsip dan teknik Stanislavski yang
pertama ialah perkataan magik “bagaimana
kalau” ( Magic “if”). Secara ringkasnya, magic “If” adalah merupakan satu
saranan dan bukanlah melibatkan atau menegaskan sesuatu terhadap apa yang sedia
wujud.Pelakon akan mencipta masalah-masalah untuk dirinya dan berusaha untuk
menyelesaikannya secara natural ke arah aksi-aksi dalaman dan luaran.
Penggunaan magic “if” ini akhirnya akan merangsang kuat kepada imaginasi,
pemikiran dan aksi-aksi ke arah logikal.Hal ini bermakna aksi-aksi yang logikal
yang ditangani dengan tepat akan merangsangkan emosi dalaman.Setelah saya
mendapat skrip persembahan daripada pensyarah,saya cuba menggunakan prinsip dan
teknik ini.Saya berusaha untuk memahami jalan cerita secara sepintas lalu
sahaja.Saya juga cuba memahami dan menghayati watak dan perwatakan yang saya
bawa dalam persembahan ini ketika mempelajari teknik “script reading” dan
analisa teks dramatik.Ketika menghafal skrip juga saya menggunakan prinsip
ini.Saya berusaha untuk membayangkan saya berada dalam situasi sebenar.Persembahan
kami merupakan drama realisme.Saya mendapat dua watak yang berlainan pada dua
hari persembahan iaitu watak Rocky dan Musa.Pada hari pertama persembahan saya
membawa watak Rocky yang merupakan seorang pramugara.Watak ini seorang lelaki
yang pentingkan diri sendiri,pemarah dan sombong.Saya cuba menghayati watak dan
perwatakan seorang pramugara.Saya juga membayangkan sekiranya saya berada dalam
situasi seorang yang berada dalam situasi ketika marah dan mengamuk.Sebagai
contoh,saya terpaksa mengamuk kerana terdapat penghuni lain yang mengambil
tempat letak kereta.Watak ini amat bertentangan dengan diri sebenar saya yang sentiasa tenang dalam apa
jua permasalahan yang berlaku.Manakala pada hari kedua persembahan saya membawa
watak Musa.Musa merupakan seorang lelaki yang sentiasa tenang dalam apa jua
keadaan.Watak musa merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual kereta
dan menjadi kegilaan anak gadis di kawasan perumahan itu.Melalui kedua-dua
watak ini saya membawa dengan cara tersendiri agar mendapatkan keselesaan dalam
lakonan.Oleh itu melalui magic “if “ini saya menggunakannnya sebagai satu
saranan dan panduan bagi menghidupkan watak Rocky dan Musa.Sebagai menghayati
watak itu,saya cuba membayangkan berada dalam situasi sebenar.
Prinsip dan teknik Stanislavski yang
kedua ialah situasi sedia ada (Given Circumstances).Situasi sedia ada meliputi
plot drama,latar tempat dan latar masa berlakunya aksi,kehidupan masyarakat,
interpretasi pelakon dan pengarah,props yang digunakan,tatacahaya dan kesan
bunyi dalam lakonan.Secara keseluruhannya situasi sedia ada merangkumi apa
sahaja yang digunakan pelakon ketika menghasilkan peranan watak yang dibawa.Dalam
hubungan ini, Stanislavsky percaya tingkah laku psikologikal dan fizikal
seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu
menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang pelakon itu di dalam situasi
sedia yang tersedia. Sehubungan dengan itu,seseorang pelakon haruslah memberi
perhatian dan sentiasa selesa berada dalam persekitaran drama itu.Saya juga
cuba menerapkan prinsip dan teknik ini dalam lakonan saya.Sebagai contoh ketika
menjalankan teknik menganalisa teks dramatik yang mana saya menganalisis skrip
tersebut dalam semua aspek.Antara aspek yang dianalisis dalam skrip tersebut
ialah plot drama,latar tempat,latar masa,latar masyarakat,watak dan
perwatakan,dan sebagainya.Tujuan menganalisa skrip ini adalah untuk mendapatkan
gambaran penuh jalan cerita dan persekitaran berlakunya drama ini.Latar tempat
bagi persembahan teater ini ialah kawasan perumahan yang mempunyai kedai makan
dan rumah sewa.Prinsip ini juga saya aplikasikan ketika mempelajari teknik
latihan ruang dan runthrough lakonan persembahan.Hal ini dimana saya gunakan
dalam kedua-dua watak yang saya bawa.Sebagai contoh,watak Rocky dimana saya
perlu meghayati watak ketika mengamuk apabila tempat letak kereta saya diambil
penghuni lain.Pengaruh persekitaran telah menyebabkan saya tidak dapat mengawal
sikap pemarah dengan membuat permasalahan dikawasan perumahan itu.Hal ini
berlaku apabila sikap kehidupan masyarakat itu sendiri yang menyebabkan saya
dapat membawa watak itu.
Prinsip dan teknik Stanislavski yang
ketiga ialah imaginasi.Menurut Stanislavski , imaginasi dilaksanakan kerana penulis
skrip drama kurang memperjelaskan masa lalu dan masa depan watak-wataknya dan
kurang memberi perincian kehidupan masa kini watak-watak tersebut.Cara imaginasi
ini mampu membantu seseorang pelakon menghayati wataknya dari awal hingga akhir
di dalam pemikirannya.Secara ringkasnya, sekiranya pelakon mempraktikkan
latihan daya imaginasinya, mereka akan menemui makna yang menarik disebalik
perkataan yang terucap. Hal ini seterusnya akan membuatkan intonasinya juga menjadi
lebih menarik.Hal ini tidak boleh dipaksa tetapi boleh diberikan
panduan.Imaginasi dalaman pelakon juga mestilah dapat ditunjukkan oleh aksi
fizikal luaran.Prinsip dan teknik ini
juga saya terapkan didalam lakonan saya.Hal ini dimana saya gunakan ketika
membuat analisa teks dramatik,pemerhatian watak dan latihan pengucapan
dialog.Semasa menganalisis skrip tersebut,saya cuba memahami lebih mendalam
kedua-dua watak yang saya akan bawa.Saya juga membuat pemerhatian sebenar
bagaimana cara percakapan,berjalan dan pemakaian seorang pramugara sebagai
watak rocky.Ketika membuat latihan lakonan juga saya cuba menginterpretasikan
dialog dengan cara tersendiri.Menurut pensyarah saya,lakonan perlulah selaras
dengan perwatakan yang dibawa.Hal ini dimana saya perlu melontarkan dialog
dengan memahami setiap perkatan yang dilontarkan.Hal ini bertujuan untuk
membolehkan saya memahami dan menghayati watak tersebut dengan baik.Sebagai
contoh watak Rocky di mana saya perlu berimaginasi seorang pramugara yang
sangat pentingkan diri sendiri dan pemarah.Manakala bagi watak Musa saya perlu
membayangkan seorang lelaki yang mempunyai perwatakan yang baik dan amat
disenangi masyarakat sekeliling.Saya juga perlu memainkan watak seorang lelaki
yang kacak dan digilai anak gadis dikawasan perumahan tersebut.Saya turut
membawa watak Musa dengan cara tersendiri kerana merupakan cara sendiri saya
berimaginasi.
Prinsip dan teknik Stanislavski yang
keempat ialah penumpuan pemerhatian(Circle Intension). Menurut Stanislavsky,
beliau yakin bahawa tumpuan pemerhatian sepenuhnya yang diamalkan oleh para
pelakon merupakan kunci untuk mencapai suasana kreatif di atas pentas.Menurut beliau
lagi, seseorang pelakon haruslah memberikan sepenuhnya tumpuan perhatiannya
kepada objek-objek pentas untuk menghindarkan faktor-faktor gangguan di atas
pentas.Walau bagaimanapun seseorang pelakon itu tidak semestinya melupakan
penontonnya. Stanislavsky percaya sekiranya pelakon itu cuba merasakan dirinya
berada bersendirian di atas pentas,
yakni tidak nampak sesiapa atau mendengar apa-apa di kalangan penonton, ia
adalah bercanggah dengan seni teater (the art of theatre).Oleh demikian, hal
ini tidak mustahil direalisasikan jikalau pelakon itu mampu memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap aksi fizikal dan terhadap ke semua yang mampu
diimiginasinya di sekitarnya.Prinsip dan teknik ini sering saya gunakan ketika
membuat latihan.Sebagai contoh ketika mempelajari teknik bloking.Hal ini dimana
pengarah menegur pelakon yang blokingnnya tidak betul.Kami dikehendaki
memperbaiki bloking yang salah.Hal ini dimana saya sendiri yang sering
mengalami masalah bloking.Kami juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada
pelakon lain apabila pelakon lain melontarkan dialog.Walaupun pada katika
itu,saya tidak mempunyai dialog.Saya perlu mendengar dialog orang lain.Hal ini
dimana saya gunakan ketika membawa watak Musa.Kami juga dinasihati agar tidak terpengaruh
dengan penonton.Pada hari pertama persembahan,saya yang membawa watak Rocky
tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya.Hal ini kerana saya terlalu terikut
dengan gelak tawa penonton dan lakonan pelakon lain yang kadang-kadang
menganggu perhatian saya.Penumpuan perhatian dalam lakonan amat penting kepada
pelakon sendiri kerana tumpuan yang baik akan melancarkan
persembahan.Pemerhatian dalam lakonan perlulah sepenuh hati.Pemerhatian juga mestilah ada objek tertentu sebagai
prop.Malahan juga,pelakon jangan memerhati benda yang tidak perlu diberikan
perhatian.Hal ini seterusnya boleh
menganggu lakonan.
Prinsip dan teknik Stanislavski yang
kelima ialah kebenaran dan kepercayaan (Truth and Belief).Menurut
Stanislavski,kebenaran di atas pentas adalah berbeza dengan kebenaran di dalam
sesebuah kehidupan.Di atas pentas drama,
tiada sebarang kebenaran fakta atau peristiwa-peristiwa kerana semuanya
adalah rekaan. Sehubungan itu dalam
mengekalkan daya mempercayai di atas pentas, seseorang pelakon itu tidak
perlulah mengamalkan self-hypnosis (daya pukau) atau memaksa diri mereka
memasuki ruang halusinasi. Oleh itu,
kepercayaan bermakna seseorang pelakon itu mengandaikan (assume) bahawa
benda-benda atau manusia seolah-olahnya mereka (benda dan manusia) dan akhirnya
apa yang dikehendakinya akan juga menyamai apa yang dipercayai atau dirasai
oleh penonton.Prinsip dan teknik ini juga saya gunakan dalam persembahan.Hal
ini dimana saya gunakan ketika membuat latihan lakonan.Sepanjang lakonan,saya
perlu mencari pasangan dalaman terhadap setiap perbuatan yang ada dalam
keseluruhan lakonan.Perkara ini saya gunakan semasa membawa watak Musa.Semasa
berlakunya pelbagai konflik dan masalah di dalam drama ini,saya sebagai jiran
tetangga akan sentiasa berhubung dengan jiran lain.Saya juga perlu meleraikan
pergaduhan yang berlaku di antara Budin dan Jay Jay.Semasa membawa watak ini
juga saya perlu memberi perhatian kepada setiap perbuatan yang dilakonkan oleh
pelakon lain.Sebagai contoh saya perlu mendengar apa permasalahan yang berlaku
dikawasan perumahan itu.Saya perlu mendengar dan bukannya berpura-pura bercakap
dan tidak membuat tahu terhadap pelakon lain.Saya juga perlu melihat dan bukan
pura-pura melihat.Sebagai pelakon,saya perlu melihat segala adegan yang dipersembahkan
diatas pentas.Malahan juga sebagai pelakon perlulah bercakap dan bukan sekadar
membaca dialog sahaja.Penghayatan dalam kedua-dua watak perlulah dirasakan
dengan sepenuhnya.Bukan sekadar melontarkan dialog yang dihafal sahaja tetapi perlu
sentiasa merasakan perasaan dan menjiwai watak tersebut dengan sepenuhnya.
Prinsip dan teknik Stanislavski yang
keenam ialah hubungan emosi ataupun spiritual.Menurut Stanislavski,seseorang
pelakon tersebut haruslah menghayati segala apa yang diperkatakan oleh pelakon
lain.Hal ini dapat dilakukan melalui perkataan-perkataan dialog yang
dilontarkan oleh mereka, melalui aksi-aksi mereka dan melalui pemikiran-pemikiran
mereka seperti pertama kali berlakon.Semasa cuba mempengaruhi pelakon
lain,pelakon tersebut perlulah cuba mencapai kesan fizikal seperti ekspresi
senyuman.Hal ini bermakna pelakon lain akan mendengar dan memahami apa yang
seseorang pelakon itu katakan kepadanya.Hal ini akan mewujudkan proses saling
pengaruh-mempergaruhi dalam kalangan para pelakon tersebut sewaktu adegan drama
dilangsungkan.Prinsip dan teknik ini juga telah saya gunakan dalam
persembahan.Saya menggunakan prinsip ini ketika membuat latihan pocket serta
latihan ruang dan runthrough lakonan persembahan.Semasa membuat latihan pocket
dimana pensyarah saya memberi latihan kepada bahagian tertantu sahaja.Sebagai
contoh,watak Rocky yang mana muncul pada babak 3 dan 4 sahaja.Saya perlu
bermain dengan emosi ketika marah dan mengamuk.Saya perlu menjerit dan memarahi
Lily yang mengambil tempat letak kereta saya.Saya juga perlu mempertahankan hak
sebagai penyewa disitu di mana saya perlu berebut tempat letak kereta
tersebut.Manakala bagi watak Musa,saya perlu mengawal emosi dan mententeramkan
emosi pelakon lain ketika berlaku suatu konflik masyarakat sekeliling.Ekspresi
emosi perlulah diselarikan dengan pergerakan fizikal.Sebagai contoh,watak Rocky
dimana saya perlu marah dengan emosi yang tidak stabil.Saya juga perlu
mendengar nasihat Pak Hassan yang cuba meleraikan pertengkaran antara watak
Rocky dan Lily.Setiap perkataaan yang saya lontarkan perlulah seiring dengan
pergerakan fizikal dan mental saya.
Prinsip dan teknik Stanislavski yang
ketujuh ialah tempo dan ritma.Menurut Stanislavsky, tempo dan ritma merupakan
syarat penting untuk menghasilkan kebenaran dan kemantapan dalam melaksanakan
aksi-aksi fizikal.Beliau berpendapat di dalam kehidupan setiap minit mempunyai
tempo(kelajuan) dan ritma (intensiti pengalaman yang berubah-ubah) baik di
dalam atau diluar kita.Secara ringkasnya, Stanislavsky menjelaskan di dalam
diri individu itu, terdapat ritma yang mempunyai kebenaran yang sebenar.Prinsip
dan teknik ini juga saya gunakan dalam latihan lakonan.Sebagai contoh watak
Rocky dimana saya perlu mengawal suara ketika marah.Walaupun ketika marah,setiap
dialog yang dilontarkan perlulah jelas dan difahami penonton.Saya perlu menjaga
tempo dan ritma.Tenaga yang dikeluarkan
perlulah sentiasa meningkat dan bukannya semakin menurun.Oleh itu sya perlu menjaga
tempo agar tidak hilang maksud dan penyampaian dialog.Hal ini akan menggangu
pelakon lain untuk berdialog.Malahan juga akan menganggu persembahan
saya.Sebagai contoh ketika membuat latihan akhir dimana saya perlu mengawal
tempo agar tidak terlalu laju ketika melontarkan dialog.Dialog yang dilontarkan
dengan tidak jelas dan laju akan menyebabkan penonton dan pelakon lain tidak
memahami apa dialog yang saya lontarkan.Hal ini seterusnya akan mengganggu
perjalanan persembahan dan memberi kesan kepada perhatian penonton.Penonton
tidak dapat memahami dialog yang dilontarkan oleh pelakon.Hal ini akan
menyebabkan penonton berasa bosan dan tertnya-tanya dengan lakonan sebagitu.
Prinsip dan teknik Stanislavski yang
kelapan ialah adaptasi (Penyesuaian).Menurut Stanislavsky, adaptasi merupakan
kaedah untuk mengatasi halangan fizikal di dalam usaha untuk mencapai matlamat.Stanislavsky
menegaskan apabila seseorang pelakon itu mempunyai matlamat di dalam mindanya
dan setelah mentafsirkan individu-individu yang akan dihadapinya,seseorang pelakon
itu haruslah memikirkan cara mengadaptasi ataupun menyesuaikan diri dalam
persembahan.Prinsip dan teknik ini juga turut saya gunakan dalam memainkan
kedua-dua watak tersebut.Hal ini bertujuan untuk mrmberikan keselesaan kepada
diri saya untuk berlakon dengan lebih baik.Saya menggunakan prinsip dan teknik ini ketika membuat latihan bloking,latihan
ruang dan runthrough lakonan persembahan serta lakonan akhir.Semasa membuat
latihan bloking,saya akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan situasi
lakonan.Blocking yang betul tidak akan menganggu seseorang pelakon menyesuaikan
diri dengan lakonannya.Sebagai contoh ketika saya membawa watak Rocky pada hari
pertama persembahan.Saya perlu bijak menyesuaikan diri dengan prop yang ada
diatas pentas ketika membuat adegan mengamuk akibat tempat letak kereta diambil
penyewa lain.Saya juga perlu menyesuaikan diri untuk menggunakan keseluruhan
ruang di kawasan perumahan tersebut.Saya juga cuba menyesuaikan diri ketika membawa
watak Musa pada hari kedua persembahan.Hal ini dimana saya perlu menyesuaikan
diri dengan persekitaran kawasan perumahan yang penuh dengan konflik kehidupan
bermasyarakat.Saya sebagai jiran tertangga perlulah menyesuaikan diri
dengan konflik yang berlaku.Sebagai
jiran,saya perlu bijak menyesuaikan diri dengan segala konflik yang berlaku
dalam sesuatu permasalahan itu.Sebagai contoh,semasa berlaku pergaduhan
diantara Budin dan Jay Jay,saya perlu mengelak prop meja makan untuk meleraikan
pergaduhan tesebut.Melalui cara itu saya dapat mengatasi halangan fizikal supaya
tidak menganggu persembahan.Hal ini jelas menunjukkan bahawa halangan fizikal
yang ada diatas pentas tidak boleh dijadikan alasan kepada saya untuk
menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.Situasi tersebut juga berlaku semasa
pergaduhan diantara Zulkifli dan Pak Hassan.Kami sebagai jiran tetangga perlu
bijak menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.Hal ini juga sama etikka
latihan bloking diman saya juga saya perlu cuba mendapatkan bloking yang betul
agar tidak tenggelam dalam persembahan tersebut.Saya perlu sentiasa mendapatkan
bloking yang betul ketika berlakon.Sebagai contoh ketika memainkan watak Musa
pada hari kedua.Hal ini dimana saya perlu mendapatkan bloking yang betul ketika
berada dalam situasi yang adanya watak utama.Walaupun pada dasarnya saya tidak
mempunyai dialog.Saya perlu bijak mendapatkan dan menyesuaikan diri dengan
bloking yang dilakukan pelakon lain.Hal ini dilakukan agar saya tidak terus
tenggelam dalam lakonan tersebut.
Prinsip dan teknik Stanislavski yang
kesembilan ialah memori recall.Menurut Stanislavsky pengalaman seseorang
pelakon di atas pentas berbeza dengan pengalaman di dalam kehidupan mereka
secara realiti. Perbezaannya berdasarkan hakikat bahawa pelakon berada di atas pentas
bertindak sebagai watak dan juga pelakon yang mencipta watak. Pengalaman
pelakon dengan wataknya saling mempergaruhi di antara satu sama lain.
Stanislansky juga menjelaskan bahawa setiap pelakon perlu tahu mengenai perbezaan
diantara pengalaman hidup yang sebenar dan pengalaman di atas pentas. Prinsip
dan teknik ini juga saya gunakan dalam
mendapatkan persembahan yang baik.Hal ini kerana pengalaman seseorang secara
realiti dapat diterapkan dalam lakonan.Walaupun lakonan persembahan sekadar
kehidupan lakonan sahaja,namun secara realitinya pelakon perlulah menghayati
pengalaman tersebut.Hal ini juga kerana saya sekadar memainkan watak diatas
pentas sahaja.Dalam dunia realiti,watak dan perwatakan saya adalah bertentangan
dengan watak dalam lakonan.Sebagai contoh watak Rocky,dimana diluar lakonan saya
seorang yang begitu tenang dan tidak suka marah.Saya akan cuba membawa watak
tersebut dengan baik walaupun bertentangan dengan diri saya.Saya juga cuba
membawa watak tersebut dengan cara tersendrir.Mengintrepretasikan watak cara
tersendiri adalah lebih baik daripada berusaha berpuara-pura memainkan watak
tersebut.Namun cara tersendiri yang saya bawa perlulah selaras dengan jalan
cerita tersebut.Pengalaman melakonkan watak seperti ini membolehkan saya
menjadi lebih matang dan bersikap terbuka dalam kehidupan bermasyarakat.Hal ini
juga adalah sama seperti watak Musa yang saya mainkan pada hari kedua.Hal ini
dimana saya perlu membayangkan kehidupan masyarakat di kawasan perumahan
tersebut.Walaupun secara realitinya saya tinggal di kawasan kampong
sahaja.Semua konflik seperti itu pada dasarnya memang sering wujud dalam
kehidupan bermasyarakat.Namun ketika membuat lakonan di atas pentas,saya perlu
cuba menyelami untuk menghayati kehidupan bermasyarakat seperti dalam lakonan
ini.Pengalaman di dunia reality dapat diterapkan dalam lakonan.Walaupun pada
dasarnya ia hanya lakonan semata-mata.
3.0 Kesimpulan
Secara konklusinya,prinsip dan teknik
yang diperkenalkan oleh Konstantin Stanislavsky merupakan teknik yang
menyeluruh.Teknik ini amat berguna kepada semua golongan yang melibatkan diri
dalam bidang lakonan.Teknik lakonan yang diperkenalkan oleh beliau amat berguna
kepada semua golongan yang ingin mempelajari lakonan.Seseorang pelakon teater
akan menjadikan prinsip dan teknik tersebut sebagai rujukan yang bermakna untuk
menghasilkan sebuah persembahan teater yang menarik dan baik.Golongan pelajar
juga dapat menjadikan prinsip dan teknik yang diperkenalkan oleh Konstantin
Stanislavsky sebagai rujukan dalam mempelajari persembahan teater.
Casino.com Archives - ScoopGo
ReplyDeleteCasino.com Archives - ScoopGo.com's collection filmfileeurope.com of online gri-go.com casino and sports 바카라 betting tips, casino games, video slots, live https://deccasino.com/review/merit-casino/ dealer games and more!