Friday, 10 January 2014

REFLEKSI DIRI



Teknik “Script Reading”
 1.0 Teknik yang diperkenalkan
         Teknik pertama yang diperkenalkan oleh pensyarah saya,Encik Shuradi ialah teknik “script reading”.Sebelum membaca skrip,kami diberikan skrip pementasan yang bakal kami persembahkan.Kami juga masing-masing  diberikan watak yang perlu kami pikul dalam pementasan tersebut.Saya sendiri mendapat dua watak yang berlainan untuk dua hari persembahan iaitu watak Rocky dan Musa.Setelah diberikan skrip,kami dikehendaki membaca secara skrip tersebut dan cuba memahami lakonan watak masing-masing serta mulai mencuba cara pengucapannya.Kesalahan pengucapan perlulah mulai dihindarkan sejak pertama kali latihan.Menurut pensyarah saya,sebaik-baiknya kesalahan itu perlulah disedari oleh diri sendiri.Pensyarah saya hanya membimbing sahaja dan bukan memberikan ketentuan harus begini dan harus begitu.Hal ini demikian akan mematikan daya pemikiran (imaginasi) seseorang.Pensyarah juga menerangkan terlebih dahulu tema (pati) lakon, ringkasan ceritanya, pentafsiran (interpretasi) watak-watak yang harus dilakonkan oleh pelakon, hubungan antara satu pelakon dengan pelakon yang lain, pertentangan, ketegangan puncak dan pemecahan masalah dan cara pementasan.

2.0 Masalah
        Pada hari pertama membaca skrip,masalah yang dihadapi oleh saya ialah tidak memahami sepenuhnya jalan cerita skrip yang diberikan.Hal ini kerana saya sekadar membaca skrip tersebut sahaja tanpa membuat analisis skrip tersebut.Tambahan pula saya hanya sekadar membaca sepintas lalu sahaja skrip yang diberikan.Saya juga tidak memahami jalan cerita yang sebenarnya dengan skrip yang diberikan kepada kami.Selain itu,saya juga menghadapi masalah dalam memahami watak sebenar  yang akan dimainkan oleh saya.Saya tidak memahami bagaimana ingin membawakan watak tesebut dalam persembahan kelak.

3.0 Cara Atasi
        Pada hari seterusnya,saya cuba mencari inisiatif untuk menyelesaikan permasalahan ini.Langkah yang diambil oleh saya dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah membaca skrip tersebut berulang kali.Tujuan saya membaca berulang kali skrip tersebut ialah untuk memhami jalan cerita skrip tersebut.Saya juga mengambil masa lebih kurang satu hari untuk  betul-betul memahami jalan cerita skrip tersebut.Saya juga cuba menginterpretasikan watak yang saya ingin bawa.Saya juga cuba memahami bagaimana hendak membawa watak tersebut dalam diri saya.

4.0 Rumusan
        Konklusinya,teknik “script reading” amat penting kepada seseorang pelakon teater.Hal ini kerana teknik ini merupakan langkah pertama apabila seseorang pelakon mendapat skrip daripada pengarah.Melalui teknik ini juga saya dapat memahami gambaran jalan cerita skrip tersebut dengan lebih terperinci.Hasil pembelajaran teknik ini juga membolehkan saya mengaplikasikan proses lakonan dari teks dramatik ke dalam teks persembahan.

Teknik Analisa Teks Dramatik
1.0 Teknik yang diperkenalkan
        Teknik kedua yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah teknik analisa teks dramatik.Teknik ini amat penting setelah seseorang pelakon mendapat skrip.Mempelajari dan memahami skrip yang telah diterbitkan akan memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari aspek asas dalam memahami babak, menentukan objektif, membahagikan setiap babak kepada bit, memahami maksud tersurat dan tersirat, mencapai objektif, memberi reaksi dan mengatasi segala halangan dalam babak tersebut.Apabila asas dan pemahaman skrip telah dipelajari, lakonan berbentuk komedi atau drama dapat disampaikan dengan baik.Melalui analisis skrip juga saya dapat mengetahui watak perwatakan,tema dan persolan,latar tempat,latar masa dan nilai pengajaran yang dapat dikutip dalam persembahan teater ini.

2.0 Masalah
        Masalah yang saya hadapi dalam teknik menganalisis skrip ini ialah kurang jelas mengetahui dan memahami semua watak perwatakan,tema dan persolan,latar tempat,latar masa dan nilai pengajaran dalam skrip ini.Saya juga tidak memahami watak sebenar watak yang akan dimainkan oleh saya.

3.0 Cara Atasi
        Langkah yang diambil oleh saya dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah  memahami semua plot jalan cerita ini.Saya mengambil inisiatif mengelaskan semua watak yang ada dalam cerita ini.Saya juga cuba memahami latar tempat berlakunya cerita ini.

4.0 Rumusan
      Secara konklusinya,teknik analisa teks dramatik amat penting kepada seseorang pelakon setelah mendapat skrip.Analisis skrip membolehkan seseorang pelakon memahami jalan cerita tersebut dengan  lebih mendalam.Pelakon juga akan mendapat gambaran yang lebih jelas untuk menghayati cerita tersebut.Melalui teknik analisa teks dramatik juga membolehkan saya mengaplikasikan pembinaan watak untuk persembahan lakonan kelak.

Teknik Pemerhatian Watak
1.0 Teknik yang diperkenalkan
        Teknik ketiga yang saya pelajari ialah teknik pemerhatian watak.Menurut pensyarah saya,seseorang pelakon perlulah menghayati watak yang diberikan.Justeru,kami diminta membuat pemerhatian watak di dalam kehidupan realiti.Penghayatan watak ini adalah suatu cara untuk mengutarakan emosi dan fikiran di sebalik ayat yang diucapkan dan di sebalik lakonan yang dilakukan. Jadi sebelum ayat itu diucapkan ia sudah terlebih dahulu dihuraikan menurut kandungan perasaan dan kandungan fikiran.Seterusnya barulah ayat itu dapat diucapkan dengan penuh erti.Cara menghayati perasaan dan fikiran ialah melalui pengucapan,pergerakan anggota badan dan ekspresi wajah.Kami diminta untuk membuat pemerhatian bagaimana watak dan perwatakan sebenar di dunia realiti watak yang kami mainkan.Sebagai contoh watak yang dimainkan oleh saya sendiri pada hari pertama persembahan iaitu watak “ROCKY”.Saya perlu membuat pemerhatian bagaimana watak dan perwatakan seorang pramugara bercakap dan berjalan.Melalui pemerhatian tersebut,saya sendiri perlu cuba menginterpretasikan watak itu dengan cara tersendiri.

2.0 Masalah
        Pada hari pertama,saya mengalami masalah untuk menghayati watak tersebut.Hal ini kerana saya perlu menjadi seorang pramugara yang pentingkan diri sendiri dan sombong.Sikap ini bertentangan dengan sikap sebenar saya.Tambahan pula saya tidak pandai mengamuk dan marah.Malahan juga watak tersebut memerlukan lontaran suara seperti menjerit dan mengamuk.Pada dasarnya saya agak sukar untuk menghayati watak ini.

3.0 Cara Atasi
       Pada hari latihan seterusnya,saya cuba mencari penyelesaian bagi menyelesaikan permasalahan ini.Saya cuba menanamkan sikap pentingkan diri sendiri,sombong dan pemarah dalam diri saya.Saya cuba melontarkan dialog dengan kuat.Hal ini seterusnya membolehkan saya dapat menghayati watak tersebut dengan baik.

4.0 Rumusan
        Konklusinya,seseorang pelakon itu perlulah cuba menghayati watak yang diberikan sebaik-baiknya.Penghayatan watak amat penting bagi membolehkan penonton mengikuti sesuatu persembahan.Walaupun watak tersebut bertentangan dengan sikap sebenar,pelakon perlulah membuat permerhatian sendiri watak tersebut.Hal ini membolehkan seseorang pelakon meengetahui dan menghayati sesuatu watak. Melalui teknik pemerhatian watak juga membolehkan saya mengaplikasikan pembinaan watak yang sebenar untuk persembahan lakonan.

Teknik Menghafal Skrip
1.0 Teknik yang diperkenalkan
         Teknik keempat yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah teknik menghafal skrip.Seseorang pelakon teater itu perlulah menghafal skrip yang diberikan dengan baik.Sekiranya skrip tidak dihafal,ia boleh menganggu sesuatu persembahan itu.Menurut pensyarah saya,sebagai pelakon jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada setiap patah perkataan skrip itu.Kami boleh mengubah suai ayat itu mengikut keselesaaan sendiri asalkan membawa maksud yang sama dengan skrip asal.Saya terpaksa menghafal dialog dua watak kerana memainkan dua watak yang berlainan pada kedua-dua hari persembahan.Dialog yang dihafal perlulah difahami dengan baik untuk menghayati watak tersebut dengan baik.

2.0 Masalah
        Masalah yang dihadapi oleh saya dalam teknik ini ialah menghafal nombor plat kereta.Saya mengalami masalah ini kerana terpaksa menjerit berulang-ulang kali.Saya juga terpaksa ambil masa untuk betul-betul menghafal dan memahami skrip.Sememangnya hafalan memerlukan masa dan ketenangan untuk mengafal.Tambahan pula  saya tidak dapat menghafal dalam tekanan.

3.0 Cara Atasi
        Langkah yang saya ambil dalam menyelesaikan permasalahan menghafal skrip ini  ialah membaca berulang-ulang kali.Saya juga menghafal dialog ini ditempat yang tenang daripada gangguan bising.Tekanan hafalan daripada pensyarah juga membolehkan saya dapat menghafal skrip dengan cepat.Saya juga mengeluarkan dialog watak saya dan menulis di dalam kertas lain.Hal ini membolehkan saya memberi fokus kepada dialog watak yang dimainkan oeh saya sahaja.Saya juga mengambil inisiatif menghafal sedikit demi sedikit sehingga semua dialog saya dapat dihafal sepenuhnya bagi kedua-dua watak tersebut.

4.0 Rumusan
        Konklusinya,seseorang pelakon wajib menghafal skrip agar dapat melontarkan dialog dengan baik ketika persembahan.Sekiranya tidak dapat menghafal,seseorang pelakon itu perlulah memahami situasi dan jalan cerita dengan baik.

Teknik Pengucapan Dialog
 1.0 Teknik yang diperkenalkan
         Teknik kelima yang saya pelajari ialah teknik pengucapan dialog.Teknik ini sangat penting sekali kerana dengan seni berbicara seseorang dapat menguasai sesuatu keadaan.Antara langkah yang disarankan oleh pensyarah ialah merakamkan suara pada pita rakaman, kemudian dengarkan adakah suara yang dilontarkan itu cukup jelas, terang,dan mudah difahami.Seandainya tidak berpuas hati,bolehlah dilakukan berulang kali.Teknik pengucapan dialog ini juga dapat dijalankan secara berkumpulan.Sekiranya suara sudah cukup baik maka bacalah lakonan dengan suara berbisik kemudian ucapkan dengan suara yang sebenarnya. Rasakanlah sehingga suara huruf konsonan kedengaran dengan jelas dalam bahasa ucapan.Untuk menambah kemantapan suara, berlatihlah mengucapkan suara yang bergema. Cara membesar gema suara ialah ucapkan suara dengan kuat, lepas dan bebas di tempat latihan, di bilik tertutup (misalnya di bilik mandi) di hutan rimba, di pergunungan, di tepi sungai atau tempat lain yang sekiranya tidak menganggu ketenteraman orang lain.

2.0 Masalah
        Masalah yang dihadapi oleh saya ialah sering tergesa-gesa untuk melontarkan dialog.Apabila saya hanya menghafal skrip sahaja tanpa memahami skrip,ia menyebabkan saya mengalami masalah dalam pengucapan dialog dengan baik.Masalah pengucapan dialog ini menyebabkan setiap perkataan yang saya lontarkan sukar difahami oleh pelakon lain.Tambahan pula saya juga mengalami masalah pengucapan loghat yang sudah tersemat dalam diri saya ini.Saya sering terkeluar loghat utara ketika melontarkan dialog.


3.0 Cara Atasi
        Langkah penyelesaian yang saya ambil dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah sentiasa bertenang ketika melontarkan dialog.Saya juga membuat latihan menyampaikan dialog secara perlahan sahaja tanpa tergesa-gesa.Tujuan latihan ini adalah untuk membolehkan setiap perkataan yang dilontarkan lebih jelas dan difahami pelakon dan penonton.

4.0 Rumusan
       Secara konklusinya,teknik pengucapan dialog memberi banyak faedah kepada pelakon.Hal ini membolehkan seseorang pelakon itu dapat melontarkan dialog dengan lebih baik.

Teknik Muncul
1.0 Teknik yang diperkenalkan
        Teknik keenam yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah teknik muncul.Satu hal yang sangat menentukan seseorang pelakon terutama pelakon utama dan pelakon tambahan adalah teknik muncul untuk pertama kali. Muncul untuk pertama kali ini haruslah menimbulkan kesan pertama yang baik kepada penonton kerana ini banyak pengaruhnya sampai ke akhir lakonan.Sekiranya kemunculan pelakon ini tidak menarik atau dengan biasa sahaja, adegan itu boleh menjadi tidak jelas.Hal ini mungkin juga dapat merosakkan suasana dan simpati penonton pun hilang.Suasana dalam pentas ketika muncul ini ada beberapa kemungkinan seperti kalau memakai layar atau memakai cahaya lampu,sebelum layar dibuka atau sebelum lampu dihidupkan pelakon sudah berada di atas pentas .Yang kedua ialah pentas dalam keadaan kosong,tidak lama kemudian pelakon masuk.Yang ketiga adalah pelakon itu muncul di tengah panggung ketika sudah ada pelakon lain.Apabila pelakon yang berada diatas pentas namun langsung tidak berdialog,namun perlu mengambil masa senyap seketika sekitar dua atau tiga minit. Barulah ia memulai lakonan pertamanya. Cara ini akan mewujudkan tanda tanya di hati penonton.Penonton akan tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh pelakon itu. Pada ketika ini,pelakon itu haruslah bijak membuat adegan sendiri agar tidak menganggu pelakon lain.

2.0 Masalah
         Pada hari pertama mempelajari teknik ini saya mengalami masalah sering terlambat muncul dalam bahagian yang perlu saya muncul.Saya tidak dapat mengagak waktu yang tepat untuk muncul dalam bahagian yang ada watak saya.Hal ini berlaku kerana saya tidak membuat latihan kerap dimana waktu yang tepat untuk saya muncul dalam sesuatu babak itu.Saya juga tidak dapat mengagak waktu yang tepat bagi menyambung lakonan orang lain.

3.0 Cara Atasi
         Pada hari seterusnya saya  mencari jalan penyelesaiaan bagi menyelesaikan permasalahan ini iaitu dengan membuat latihan kerap bagi mengingat babak yang memerlukan kemunculan watak saya.Saya bersungguh-sungguh membuat latihan agar dapat mengingat waktu munculnya watak saya.

4.0 Rumusan
         Konklusinya,teknik muncul ini juga amat penting bagi persembahan teater.Hal ini kerana teknik ini membolehkan seseorang pelakon mengetahui masa,tempat dan babak munculnya watak yang dimainkannya.Hal ini juga akan melancarkan persembahan dan tidak menganggu persembahan pelakon lain.Walaupun kemunculan watak sekejap sahaja,namun kemunculannnya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.

Teknik “Blocking”
1.Teknik yang diperkenalkan
         Teknik ketujuh yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah blocking.Pensyarah saya menenerangkan bagaimana blocking dalam persembahan dan juga kawasan pelakon dengan lakonannya.Walaupun latihan ini masih diperingkat awal,namun kami dikehendaki membiasakan diri seolah-olah berada pada satu situasi, suatu tempat dengan  prop yang diminta dalam skrip,walaupun hanya sekadar dalam bentuk imaginasi sahaja.Misalnya ruangan rumah kedai, cukup dengan meja makan sahaja untuk dijadikan prop pementasan.Selepas latihan,di rumah atau di tempat lain yang selesa juga boleh dijadikan tempat bagi setiap pelakon menghafal lakonnya dan gerak lakonnya.Hal ini begitu juga dengan ekspresi wajahnya.Apabila kembali latihan,kami perlulah sudah bersiap dan bersedia untuk melakonkan bahagian masing-masing.Kami juga diberikan masa untuk kembali kepada latihan seterusnya.Hal ini membolehkan kami mempunyai kesempatan untuk menghafal lakonan dan mempelajari lakonan tersebut.

2.Masalah
        Pada hari pertama mempelajari teknik ini ialah saya mengalami masalah memahami apa itu bloking yang sebenarnya dalam persembahan teater ini.Saya juga tidak dapat mencari bloking yang sebetulnya dalam persembahan teater ini.Hal ini kerana apabila berdialog dengan pelakon lain diatas pentas saya sering mengalami masalah pergerakan badan.Saya sering bergerak apabila menyampaikan dialog.Hal ini menyebabkan pelakon lain tidak dapat berhubung dengan baik dengan saya.

3.Cara Atasi
         Pada hari seterusnya,saya mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan permasalahan ini iaitu saya menonton video persembahan teater.Melalui tontonan video itu,saya cuba memahami bagaimana hendak mendapatkan bloking yang betul apabila hendak mempersembahkan teater nanti.Saya juga turut mengambil langkah dengan cuba untuk mengurangkan pergerakan badan apabila hendak menyampaikan dialog dengan pelakon lain.Hal ini membolehkan saya dapat melontarkan dialog seiring dengan pergerakan  tubuh badan saya.

4.0 Rumusan
         Konklusinya,bloking dalam persembahan teater perlulah sentiasa dijaga semasa melakukan persembahan.Hal ini kerana bloking yang tidak betul akan menyebabkan seseorang pelakon tenggelam dalam persembahan.Penonton tidak dapat menyaksikan penyampaian dan penghayatan watak yang dimainkan oleh pelakon.Justeru, latihan bloking terlebih dahulu sebelum melontarkan dialog dapat membuatkan seseorang pelakon mendapatkan bloking yang betul semasa persembahan.

Teknik Latihan Pocket
1.0 Teknik yang diperkenalkan
       Teknik kelapan yang saya pelajari ialah teknik latihan pocket.teknik ini merupakan teknik dimana pengarah mengeluarkan sesuatu babak dan dibuatkan latihan bagi bahagian tersebut sahaja.Pengarah hanya akan menumpukan kepada bahagian itu sahaja.Pengarah juga akan menegur kesalahan dan memberi tunjuk ajar kepada pelakon bagi melakukan sesuatu lakonan.


2.0 Masalah
       Masalah yang saya hadapi ketika mempelajari teknik ini ialah merasa sedikit tekanan untuk membuat lakonan yang diminta oleh pensyarah saya.Tekanan yang dialami menyebabkan saya sering terlupa dialog dan berasa gementar untuk melontarkan dialog dengan baik.

3.0 Cara Atasi
        Langkah yang saya ambil dalam mengatasi permasalahan ini ialah sentiasa tenang dan cuba melakonkan seperti apa yang diminta oleh pensyarah saya.Saya juga cuba menghayati watak tersebut dengan membawa cara lakonan yang tersendiri berdasarkan tunjuk ajak yang disarankan oleh pensyarah saya.

4.0 Rumusan
        Kesimpulannnya,teknik latihan pocket membolehkan seseorang pengarah memberi tumpuan sepenuhnya kepada seseuatu bahagian itu.Pengarah juga dapat membetulkan lakonan pelakon dengan terus ketika membuat latihan pocket ini.Pelakon juga akan sentiasa berusaha untuk mengubah cara lakonan menjadi lebih baik.

Teknik Latihan Ruang dan Runthrough Lakonan Persembahan
1.0 Teknik yang diperkenalkan
        Teknik kesembilan yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah latihan ruang dan runthrough lakonan persembahan.Ketika latihan ini di lakukan kami semua  perlulah sudah menghafal sepenuhnya skrip yang diberikan.Kami juga perlulah tahu bila ingin memulakan dan mengakhirkan melontarkan dialog.Kami juga perlulah sudah memahami gerak laku atau lakonan yang akan dimainkan.Pada masa  inilah setiap pelakon akan mengembangkan daya kreativiti masing-masing.Pengucapan dan lakonan perlulah disesuaikan.Pentafsiran  dalam lakonan juga akan sentiasa dikembangkan dengan baik.Gerakan-gerakan kecil yang lebih  menggambarkan watak akan ditambah di mana yang perlu.Pengarahan yang telah disampaikan oleh pengarah secara asas  dilengkapkan di mana yang perlu dengan automatik dan wajar.Pada masa ini, sudah mula memakai barang-barang dan alat-alat yang  diperlukan dalam persembahan. Barang-barang yang digunakan adalah sebenarnya dan bukannya secara imaginatif lagi.Penyambutan atau penyambungan dialog antara seorang pelakon dengan pelakon lainnya perlulah sudah lancar.Malahan juga jangan ada lagi seorang pelakon yang sudah lama berhenti bercakap dan seorang lagi masih diam.Pada adegan-adegan yang khusus perlulah mendapat latihan yang khusus. Misalnya pada adegan yang emosional atau adegan percintaan.Ia perlulah dilakukan berulang-ulang kali sehingga menjadi baik, wajar dan cukup menyakinkan. Di sinilah bermulanya teknik berlakon.Teknik berlakon ialah cara bagaimana melakonkan cerita itu sebaik mungkin.Dalam teknik berlakon inilah seseorang pelakon dinilai.Seorang pelakon yang muncul hanya sekejap sahaja dapat  dilihat kemampuannya berlakon apabila ia menunjukkan teknik yang baik.Dari sini pulalah nanti pengarah akan meningkatkan seorang pelakon dari pelakon tambahan menjadi pelakon antagonist atau pelakon protagonist.

2.0 Masalah
        Pada hari pertama mempelajari teknik ini saya sering mengalami masalah terlupa waktu bila untuk menyampaikan dialog dan menyambung dialog yang dilontarkan pelakon lain.Hal ini berlaku kerana  pelakon lain melangkau dialog atau membuat dialog sendiri.Hal ini telah menyebabkan saya mengalami masalah untuk menyambung dialog.Malahan juga saya terlalu menghafal skrip tanpa betul-betul memahami dialog tersebut.

3.0 Cara Atasi
         Pada hari seterusnya,saya cuba mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan permasalahan ini.Langkah yang saya ambil dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah mengingat setiap waktu dan tempat untuk menyampaikan dialog atau menyambung dialog.Saya telah membuat latihan sendirian berulang kali untuk mengingat.Tujuan saya melakukan langkah begini adalah untuk mengingat pada masa bila saya perlu melontarkan dialog.Saya juga cuba memahami setiap perkataan dalam dialog yang saya akan sampaikan.Hafal dialog tanpa memahami dialog sahaja tidak dapat membuatkan seseorang pelakon menghayati watak.

4.0 Rumusan
         Konklusinya,teknik latihan ruang dan runthrough lakonan persembahan amat penting sebelum persembahan penuh sesuatu  persembahan teater.Hal ini memberikan kesan yang baik kepada diri pelakon itu sendiri untuk memahami watak dan mengingati situasi persembahan  yang sebenar.



Teknik Latihan Akhir(Full Rehearsal)
1.0 Teknik Yang Diperkenalkan
         Teknik terakhir yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah teknik latihan akhir(Full Rehearsal).Dalam latihan akhir ini, bukan hanya pelakon yang harus ada, tetapi semua kru produksi teater sama ada bahagian pembuka layar, jurulampu, juruhias termasuk juga penerima tamu harus turut membuat latihan penuh.Pengarah sebagai penonton akan melihat dengan teliti dimana bahagian yang perlu diberi perubahan.Sekiranya terdapat sesuatu kesalahan ia hanyalah kesalahan kecil sahaja. Apabila selesai latihan akhir,akan adakan perbincangan dengan semua kru produksi teater.Seterusnya pengarah akan membuat pengubahsuaian bahagian yang kurang baik dan memberi arahan kepada pelakon untuk mengubahnya sebelum persembahan sebenar.

2.0 Masalah
         Masalah yang saya hadapi dalam latihan penuh ini ialah tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada persembahan.Hal ini berlaku adalah kerana saya sering hilang fokus apabila terpaksa menunggu munculnya watak saya.Saya juga tidak dapat melontarkan dialog dengan baik kerana mengalami masalah suara.Apabila saya sering terjerit-jerit ketika melontarkan dialog menyebabkan suara saya menjadi serak.

3.0 Cara Atasi
        Langkah yang saya ambil dalam mengatasi permasalahan ini ialah sentiasa bertenang dan memberi sepenuh perhatian kepada persembahan.Malahan juga saya memperbanyakkan minum air mineral untuk mendapatkan semula suara yang lebih baik.Ketika latihan penuh ini saya akan cuba mengawal suara agar tidak menjejaskan persembahan sebenar saya kelak.Saya juga memperbanyakkan merehatkan dan menenangkan diri sebelum persembahan sebenar.

4.0 Rumusan
        Kesimpulannnya,teknik akhir(full rehearsal) amat penting kepada sesebuah produksi persembahan teater.Hal ini membolehkan pelakon berada dalam situasi sebenar lakonan sebelum melakukan persembahan.Pelakon juga dapat mengaplikasikan teknik lakonan dalam bentuk realisme.

           


<TEATER MENGAJAR ERTI PERSAHABATAN>

1 comment:

  1. Titanium 3D Printing | TITanium Games
    The titanium security three dimensional printing industry suppliers of metal uses all of our 2D printing products (or plastic, used ford edge titanium for that matter) as part of its 3D fram titanium oil filter printing welding titanium system.

    ReplyDelete