1.0 Pengenalan
Bertolt Brecthtian dilahirkan pada
tahun 1898 di Jerman.Beliau dikenali sebagai Eugen Berthold Friedrich. Beliau
merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater yang sangat
berpengaruh pada abad ke-20.Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia
Pertama, beliau menggunakan puisi, lagu dan akhirnya teater untuk memaparkan
idea-idea beliau supaya dapat mengubah keadaan negara tersebut. Beliau terpaksa
keluar dari negaranya pada zaman pemerintahan Hitler. Beliau telah hidup berpindah-randah
di beberapa buah negara Eropah dan akhirnya menetap di Amerika dalam tahun
1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman.Kerajaan
Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi
membolehkan beliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil
daripada pementasan-pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan
karya-karya yang ditulis semasadalam pelarian (Leach: 2004).
Sepanjang hidupnya, beliau banyak
menulis dan mengarahkan pementasan teater.Antara hasil-hasil karya beliau yang
terkenal ialah The Caucasian Chalk Circle (Der kaukasische Kreidekreis),
The Threepenny Opera (Die Dreigroschenoper), Life of Galileo (Leben des
Galilei), Mother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder) dan
The Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan) (Leach: 2004).
Manakala sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang teater ialah menghasilkan sebuah
teori yang dikenali sebagai Epic Theatre.
2.0 Teater Epik
Teater
Epik bersifat episodik iaitu dengan setiap babak memaparkan cerita yang
berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita.Setiap babak akan
memaparkan cerita yang amat berbeza diantara babak yang lain.Namun,setiap babak
itu akan digabungkan untuk dijadikan suatu cerita yang menarik.Hal ini akan
menarik minat penonton untuk menyaksikan cerita tersebut.Teori ini juga dinamakan
sebagai Dialectic Theatre.Hal ini kerana
dalam pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan pergaduhan antara
dua belah pihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain.Teater Epik
bersifat sambil lalu, penuh gangguan dan membuatkan penonton akan terus
‘terjaga’.Penonton akan sentiasa menumpukan sepenuh perhatian terhadap jalan ceritanya.Hal ini
jelas menunjukkan bahawa tujuan teater epik bertujuan untuk mewujudkan
kesedaran kritis.Beliau juga suka mencipta teater epik yang menarik minat
penonton untuk menggunakan intelek bagi memahami jalan cerita tersebut.
Menurut Wilson &
Goldfarb:2000,tujuan sesebuah pementasan dijalankan adalah untuk
mempersembahkan idea-idea dalam lakonan.Penonton harus membuat penilaian
terhadap idea-idea tersebut. Oleh itu, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak
boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah
pementasan. Sebaliknya, Brecht menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar
bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan dan tidak perlu beremosi,sebaliknya
berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan itu
dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari pementasan itu. Menurut beliau,
semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’(diasingkan)
daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai
Verfremdungseffekt yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai
"alienation effect” ataupun kesan pengasingan.
Brecht tidak mahu penonton
untuk leka (bermain dengan perasaan) sebaliknya terus ‘terjaga’, dan
menjaga jarak.Baginya, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh
menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah
pementasan.
Menurut
beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘diasingkan’ daripada
pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt
yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "alienation effect”
ataupun kesan pengasingan.Beliau mengingatkan penonton bahawa pelakon adalah
perwakilan dari realiti dan bukan realiti.
Lakonan dalam teater epik memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah
watak secara tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya
bahawa mereka adalah watak tersebut.Lakonan dalam teater tersebut juga
diharapkan tidak meninggalkan kesan kepada jiwa penonton bahawa watak yang
dimainkan oleh pelakon diatas pentas adalah sama seperti mereka.Pelakon-pelakon
juga sering berinteraksi dengan penonton secara langsung.Pelakon akan sentiasa
berhubung dengan penonton ketika mempersembahkan lakonan mereka.Tujuan utama
lakonan sebegini adalah untuk meruntuhkan dinding keempat dalam sesebuah
lakonan.Hal ini adalah bagi membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa
mereka sedang menonton sebuah pementasan,bukannya sebuah realiti
kehidupan.Penonton juga akan menganggap bahawa pentas adalah pentas dan pelakon
adalah pelakon.Penonton akan menyedari bahawa pementasan yang dipaparkan adalah
lakonan yang dicipta oleh pengarah sahaja.Pementasan tersebut dianggap sebagai
persembahan untuk dijadikan hiburan terhadap penonton sahaja.Persembahan yang
dipaparkan juga menjadi satu alat instrumen untuk mengukur tahap lakonan
pelakon.Melalui persembahan tersebut juga ingin menerapkan nilai kemanusiaan
dalam masyarakat.
Brecht juga cuba mengasingkan penonton daripada
watak-watak dan lakonan mereka dalam sesebuah pementasan. Dengan cara ini,
penonton tidak akan tersentuh dengan apa yang dipaparkan.Sebaliknya, beliau
mahu penonton untuk memahami secara intelektual dilema yang dihadapi oleh
sesebuah watak serta kesilapan yang telah dibuat yang membawa kepada berlakunya
dilema tersebut. Apabila penonton diasingkan secara emosi daripada pementasan,
penonton dapat berempati dengan pementasan tersebut secara intelek dan mungkin
akan berusaha mengubah keadaan masyarakatnya.Walaupun penonton diasingkan
daripada watak-watak lakonan,namun tujuan positif yang ingin diwujudkan melalui
pesembahan turut wujud.Penonton akan sentiasa berfikir secara kritis apa
matlamat yang ingin diwujudkan oleh pengarah dalam persembahan
tersebut.Penonton juga akan mempunyai kesedaran insaniah untuk mengubah
prespektif kehidupan masyarakat terhadap persembahan teater epik.
3.0 Teknik-teknik dalam Teater Epik
3.1 Historification atau
pensejarahan
Brecht mengalienasi penonton dengan
meletakkan babak-babak pementasannya dalam latar masa lampau. Sebagai contoh,
pementasan Mother Courage and Her Children yang disetkan dalam latar
masa abad ke-17.Pementasan tersebut ditulis pada 1938,namun disunting kembali
pada era 1940 dan dipentaskan pada tahun 1941.Dengan cara ini, penonton akan
lebih dialienasi memandangkan mereka tidak biasa dengan latar masa lampau
tersebut.Melalui teknik ini juga penonton akan menghayati persembahan yang
dipaparkan dengan penuh keseronokan.Penonton akan merasa seperti wujud dalam
dalam masa lampau.Penonton akan memperolehi pengalaman seperti hidup dalam masa
lampau dengan hanya menonton persembahan
seperti teknik ini.Teknik seperti ini juga akan melahirkan penonton yang
meminati sejarah sesebuah masyarakat mahupun sesebuah tamadun.
3.2 Allegorical
Allegorical adalah penggunaan
simbol-simbol dalam menjelaskan isi kandungan atau dilema dalam sesebuah
pementasan.Simbol-simbol yang digunakan adalah bertujuan untuk menjelaskan isi
kandungan cerita tersebut.Selain itu,simbol-simbol yang digunakan juga akan
menceritakan konflik yang ingin diterapkan dalam sesebuah persembahan melalui
jalan penceritaannya.Teknik ini telah digunakan dalam pementasan Rise and Fall of the City of Mahagonn.
Dengan menggunakan teknik ini, penonton akan dialienasi oleh simbol-simbol yang
akan menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat dalam simbol-simbol
tersebut.Melalui teknik ini juga akan melahirkan penonton yang sentiasa
menggunakan pemikiran ketika menonton persembahan tersebut.Penonton akan
menggunakan simbol yang ada untuk memahami jalan cerita persembahan
tersebut.Melalui simbol-simbol tersebut juga akan mendidik penonton agar terus
berfikir dan memahami isi kandungan mahupun dilema yang dialami oleh pelakon
itu sendiri.Konflik yang dialami oleh seseorang pelakon mahupun jalan pernceritaannya
akan diterjemahkan melalui simbol-simbol yang ada.Hal ini akan menyebabkan
penonton sentiasa berfikir secara kritis untuk memahaminya.
3.3 Teknik Pseudo-foreign
Teknik ini merupakan adaptasi daripada
teater-teater luar yang tentunya berbeza budayanya daripada budaya
audiens.Contoh pementasan yang menggunakan teknik ini ialah The Good
Person of Sezuan.Teknik ini sekadar adaptasi yang dibuat oleh pengarah melalui
pemerhatian mahupun kajian oleh pengarah itu sendiri.Pengarah persembahan itu
akan menjadikan teater-teater luar sebagai panduan untuk menghasilkan sebuah
teater dengan cara tersendiri.Pengarah akan cuba mengolah teater tersebut
menjadi teater menggunakan cara lakonan yang berbeza sedikit dengan teater
sebenar.Namun begitu,jalan penceritaan mahupun watak-watak yang ada akan
dikekalkan.Pengarah akan cuba menjadikan teater luar sebagai rujukan untuk
membuat teater yang lebih menarik.
3.4 Teknik-teknik lain
Teknik-teknik lain yang dibuat adalah
penggunaan kapsyen yang dipancarkan di pentas bagi menjelaskan apa yang akan
berlaku dalam babak seterusnya.Teknik ini adalah teknik dimana pengarah akan
memperjelaskan terlebih dahulu babak yang seterusnya sebelum menunujukkan
penceritaan yang sebenarnya dalam bidang persembahan tersebut.Hal ini memberi
pendedahan awal kepada penonton untuk memahami terlebih dahulu jalan
penceritaannya sebelum melihat lakonan sebenar.Selain itu,teknik gangguan oleh
narrator yang menjelaskan apa yang
berlaku dan memprovokasi penonton juga digunakan dalam teater epik.Teknik
gangguan narrator digunakan adalah bertujuan bagi pengarah memperjelaskan
sesuatu jalan penceritaan.Melalui gangguan ini membolehkan penonton memahami
apa yang akan berlaku seterusnya.Hal ini juga akan memprovokasi penonton untuk terus
menonton teater jenis ini.Seterusnya teknik di mana pelakon menanyakan secara
langsung kepada penonton.Malahan,penonton dibiarkan untuk menyelesaikan sendiri
pengakhiran teater dan penonton dibiarkan untuk berfikir.Melalui teknik ini
akan mengeratkan hubungan antara pelakon dan penonton.Penonton akan berasa
dekat dengan pelakon tersebut.Hal ini akan mewujudkan ukhuwah perhubungan yang
baik dalam bidang lakonan.Pelakon akan menanyakan soalan kepada penonton secara
spontan.Hal ini seterusnya membolehkan penonton menjawab berdasarkan tontonan
dan pemikiran logik mereka.
Di samping itu,terdapat juga teknik
muzik yang berbeza dari emosi dalam sesebuah babak.Selain itu di dalam teater
epik juga selalunya terdapat pelbagai lagi teknik yang digunakan supaya
penonton terasing daripada pementasan. Di antaranya adalah dengan meletakkan
kapsyen yang lain di dalam sesuatu persembahan bagi menerangkan apa yang akan
berlaku. Selain itu dengan wujudnya narator sebagai menjelaskan setiap babak
dengan lebih jelas serta memprovokasikan penonton. Terdapat juga penggunaan
lagu yang digunakan juga bagi memprovokasi penonton. Ada juga teknik yang
memerlukan pelakon berinteraksi terus dengan penonton. Hal ini adalah bertujuan
bagi penonton terasing dari lakonan pelakon serta pementasan.
Terdapat juga teknik brecht
yang meletakkan semua teknikal di hadapan penonton. Hal ini kerana teknik
brecht juga menyatakan segala proses pementasan merupakan sesuatu yang perlu
ditonton oleh penonton. Ia bertujuan bagi mengganggu dan menyedarkan para
penonton bahawa pementasan merupakan satu lakonan dan hanya sebuah pementasan.
Lakonan dalam epik teater memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak
tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa mereka
adalah watak tersebut.Pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton
secara langsung dengan penonton.
4.0 Gestus
Gestus ialah apa sahaja pergerakan yang
dilakukan oleh seseorang pelakon dalam lakonan bagi menggambarkan keadaan
sesebuah watak berdasarkan teks. Gestus boleh menerangkan keadaan pelakon
tanpa memerlukan pelakon menunjukkan emosi dan boleh menyebabkan penonton
teralienasi daripada pementasan dan mengelakkan mereka daripada menjadi
emosional.Sebagai contoh dilakukan dalam Opera cina(Mei Lan Fang). Ini adalah
daripada pemerhatian Brecht terhadap opera cina. Dimana pelakon meletakkan
rambut di mulut dan penonton telah mentafsirkannya sebagai ketakutan walaupun
pelakon itu sedang bergerak di dalam keadaan yang tenang.
5.0 Perbezaan Teater Epik dengan
Teater Dramatik
Perbezaan yang dapat dilihat dalam
kedua-dua teater ini ialah jenis teater tersebut.Teater Epik merupakan teater
yang mana penonton sebagai pemerhati.Penonton hanya akan menonton jalan
penceritaan yang dilakonkan oleh pelakon.Penonton juga akan memerhati cara
lakonan yang disampaikan oleh pelakon.Penonton akan menggunakan pemikiran
mereka sendiri uantuk memahami jalan penceritaannya.Hal ini akan membolehkan
penonton memberi kritikan berdasarkan sesuatu persembahan.Dalam teater epik
juga,jalan penceritaanya adalah dari situasi.Melalui sesebuah situasi
tersebut,maka akan wujudlah jalan penceritaannya.Sekiranya situasi tersebut
menarik,maka akan menarik minat penonton untuk menontonnya.Setiap babak juga
tiada kesinambungan antara satu sama lain. Namun,melalui babak tersebut akan
mewujudkan satu penceritaan yang menarik.Penceritaan yang menarik akan menarik
minat penonton untuk menghayati lakonan.
Manakala Teater Dramatik ialah teater
dimana penonton di ajak bersama-sama menghayati cerita.Penonton bersama-sama
pelakon akan merasa seperti berada dalam lakonan tersebut.Penonton akan
menghayati lakonan yang dimainkan oleh pelakon.Hal ini seterusnya akan
membuatkan penonton berasa seronok untuk menonton.Penonton akan mendapat
pengalaman yang sama dengan pelakon.Jalan penceritaan adalah daripada
pengalaman yang penuh bermakna.Jalan cerita yang menarik dan berkesan akan
menarik minat penonton untuk terus menghayati sesuatu persembahan.Setiap babak dalam
jalan penceritaannya adalah berkesinambungan antara satu sama lain.Hal ini
jelas menunjukkan bahawa setiap babak mempunyai kaitan yang rapat dengan babak
yang lain.Sekiranya penonton tidak memahami dan mengetahui babak
sebelumnya,maka penonton akan tertanya-tanya babak sebelumnya.Hal ini
seterusnya akan menyebabkan penonton tidak mendapat menghayati lakonan tersebut
dengan seronok.
Perbezaan antara teater dramatik dan
teater epik adalah merujuk kepada perbezaan dalam pembinaan kaedahnya.Kaedah
pembinaan ini merujuk kepada hubungan yang dibentuk daripada persembahan antara
bahagian dan keseluruhan.Setiap bahagian jelas menunjukkan perkaitan antara
satu sama lain.Dalam teater dramatik,pembinaan kaedahnya adalah berdasarkan
kaitan antara suatu babak dengan babay yang lain.Hal ini seterusnya akan
menarik minat penonton memahami jalan penceritaan dengan lebih jelas.Berbanding
dengan teater epik yang mana pembinaan kaedah jalan penceritaannya adalah
berbeza dengan teater dramatik.Teater epik tidak mempunyai kesinambungan antara
satu babak dengan babak yang lain.Kaedah penceritaan yang digunakan membuatkan
penonton terpaksa menggunakan pemikiran mereka sendiri dalam memahami jalan
penceritaannya.
Dari aspek teknik gaya lakonan,teater
epik tidak menekankan aspek-aspek dalam emosi pelakon tetapi mementingkan logik
dan pemikiran penonton itu sendiri.Lakonan yang dipaparkan tidak akan
membuatkan penonton terpaksa beremosi untuk menontonnya.Namun,jalan
penceritaannya memerlukan penonton menggunakan pemikiran logik bagi memahami
jalan penceritaannya.Penonton juga terpaksa menggunakan pemikiran secara
kreatif untuk memikirkan sesuatu yang sukar difahami kelogikan akal.Walaupun
pada dasarnya lakonan tersebut merupakan lakonan yang amat mementingkan
logik.Dalam Teater epik juga tidak mempunyai pengakhiran sebagai tanda penamat
dalam persembahan.Walau bagaimanapun teater ini menekankan isi atau mesej yang
perlu difikirkan sendiri oleh penonton.Hal ini menyebabkan penonton terpaksa
menggunakan pemikiran mereka sendiri untuk menyimpul pengakhiran
penceritaannya.Penonton yang gagal menggunakan pemikiran mereka akan
menyebabkan mereka tertanya-tanya apakah penamatnya.Oleh itu,penonton perlulah
sentiasa bijak menyimpulkan kesudahan penceritaanya.Sekiranya penonton gagal
memahaminya,maka penonton akan tidak dapat menghayati penceritaanya.
Manakala bagi teater dramatik,elemen-elemen
emosi seperti sedih,marah, gembira, dan
sebagainya melalui watak-watak yang ditonjolkan oleh pelakon akan
dipaparkan dalam teater jenis ini.Hal ini bertujuan agar penonton dapat merasai
emosi-emosi tersebut.Emosi yang disampaikan oleh pelakon dalam sesebuah
persembahan akan memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa penonton.Penonton akan terus menggunakan
emosi dalam menghayati lakonan tersebut.Watak-watak yang dimainkan pelakon dalam
lakonan tersebut akan terus tersemat dalam sanubari penonton.Penonton dapat
menghayati lakonan dengan penuh perasaan.Penonton juga dapat melihat pengakhiran sesuatu
persembahan sebagai tanda penamat dalam penceritaan teater tersebut.Penonton
akan mengetahui bagaimana kesudahan penceritaan tersebut.Penonton juga dapat
mengetahui apa yang berlaku kepada semua watak dalam persembahan tersebut.
6.0 Kesimpulan
Secara konklusinya,Bertolt Brecthtian
merupakan seorang pelopor yang mahir dalam bidang teater epik. Sepanjang
hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater.Antara
hasil-hasil karya beliau yang terkenal ialah The Caucasian Chalk Circle (Der
kaukasische Kreidekreis), The Threepenny Opera (Die Dreigroschenoper), Life of
Galileo (Leben des Galilei), Mother Courage and Her Children (Mutter Courage
und ihre Kinder) dan The Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan)
(Leach: 2004).Teknik lakonan yang diperkenalkan oleh beliau amat berguna kepada
semua golongan yang ingin mempelajari teater epik.Sumbangan beliau yang
terbesar dalam bidang teater ialah menghasilkan sebuah teori yang dikenali
sebagai Epic Theatre.Sumbangan
tersebut amat bermakna kepada semua penggiat teater.Seseorang penggiat teater
akan menjadikan teori tersebut sebagai rujukan yang bermakna untuk menghasilkan
sebuah persembahan teater epik yang menarik.Teori yang diperkenalkan oleh
beliau memberi motivasi kepada sesorang penggiat teater menghasilkan sebuah
teater epik yang baik.Hal ini seterusnya akan menarik minat penonton menonton
persembahan teater epik.Malahan juga dapat mengubah prespektif negatif
masyarakat terhadap teater epik.Melalui pensembahan teater epik juga akan
sentiasa menghakis kurangnya minat masyarakat terhadap teater epik.Golongan
pelajar juga dapat menjadikan teknik
yang diperkenalkan oleh Bertolt Brecth sebagai rujukan dalam mempelajari teater
epik.Hal ini juga mampu menarik minat semua lapisan masyarakat untuk meneroka
teater epik dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment