Teknik
“Script Reading”
1.0 Teknik yang diperkenalkan
Teknik pertama yang diperkenalkan oleh
pensyarah saya,Encik Shuradi ialah teknik “script reading”.Sebelum membaca
skrip,kami diberikan skrip pementasan yang bakal kami persembahkan.Kami juga masing-masing diberikan watak yang perlu kami pikul dalam
pementasan tersebut.Saya sendiri mendapat dua watak yang berlainan untuk dua
hari persembahan iaitu watak Rocky dan Musa.Setelah diberikan skrip,kami dikehendaki
membaca secara skrip tersebut dan cuba memahami lakonan watak masing-masing
serta mulai mencuba cara pengucapannya.Kesalahan pengucapan perlulah mulai
dihindarkan sejak pertama kali latihan.Menurut pensyarah saya,sebaik-baiknya
kesalahan itu perlulah disedari oleh diri sendiri.Pensyarah saya hanya
membimbing sahaja dan bukan memberikan ketentuan harus begini dan harus
begitu.Hal ini demikian akan mematikan daya pemikiran (imaginasi) seseorang.Pensyarah
juga menerangkan terlebih dahulu tema (pati) lakon, ringkasan ceritanya,
pentafsiran (interpretasi) watak-watak yang harus dilakonkan oleh pelakon,
hubungan antara satu pelakon dengan pelakon yang lain, pertentangan, ketegangan
puncak dan pemecahan masalah dan cara pementasan.
2.0 Masalah
Pada hari pertama membaca skrip,masalah
yang dihadapi oleh saya ialah tidak memahami sepenuhnya jalan cerita skrip yang
diberikan.Hal ini kerana saya sekadar membaca skrip tersebut sahaja tanpa
membuat analisis skrip tersebut.Tambahan pula saya hanya sekadar membaca
sepintas lalu sahaja skrip yang diberikan.Saya juga tidak memahami jalan cerita
yang sebenarnya dengan skrip yang diberikan kepada kami.Selain itu,saya juga
menghadapi masalah dalam memahami watak sebenar
yang akan dimainkan oleh saya.Saya tidak memahami bagaimana ingin
membawakan watak tesebut dalam persembahan kelak.
3.0 Cara
Atasi
Pada hari seterusnya,saya cuba mencari
inisiatif untuk menyelesaikan permasalahan ini.Langkah yang diambil oleh saya
dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah membaca skrip tersebut berulang
kali.Tujuan saya membaca berulang kali skrip tersebut ialah untuk memhami jalan
cerita skrip tersebut.Saya juga mengambil masa lebih kurang satu hari
untuk betul-betul memahami jalan cerita
skrip tersebut.Saya juga cuba menginterpretasikan watak yang saya ingin bawa.Saya
juga cuba memahami bagaimana hendak membawa watak tersebut dalam diri saya.
4.0 Rumusan
Konklusinya,teknik “script reading” amat
penting kepada seseorang pelakon teater.Hal ini kerana teknik ini merupakan
langkah pertama apabila seseorang pelakon mendapat skrip daripada
pengarah.Melalui teknik ini juga saya dapat memahami gambaran jalan cerita
skrip tersebut dengan lebih terperinci.Hasil pembelajaran teknik ini juga
membolehkan saya mengaplikasikan proses lakonan dari teks dramatik ke dalam teks
persembahan.
Teknik
Analisa Teks Dramatik
1.0
Teknik yang diperkenalkan
Teknik kedua yang diperkenalkan oleh
pensyarah saya ialah teknik analisa teks dramatik.Teknik ini amat penting
setelah seseorang pelakon mendapat skrip.Mempelajari dan memahami skrip yang
telah diterbitkan akan memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari aspek
asas dalam memahami babak, menentukan objektif, membahagikan setiap babak
kepada bit, memahami maksud tersurat dan tersirat, mencapai objektif, memberi
reaksi dan mengatasi segala halangan dalam babak tersebut.Apabila asas dan
pemahaman skrip telah dipelajari, lakonan berbentuk komedi atau drama dapat
disampaikan dengan baik.Melalui analisis skrip juga saya dapat mengetahui watak
perwatakan,tema dan persolan,latar tempat,latar masa dan nilai pengajaran yang
dapat dikutip dalam persembahan teater ini.
2.0
Masalah
Masalah yang saya hadapi dalam teknik
menganalisis skrip ini ialah kurang jelas mengetahui dan memahami semua watak
perwatakan,tema dan persolan,latar tempat,latar masa dan nilai pengajaran dalam
skrip ini.Saya juga tidak memahami watak sebenar watak yang akan dimainkan oleh
saya.
3.0 Cara
Atasi
Langkah yang diambil oleh saya dalam
menyelesaikan permasalahan ini ialah
memahami semua plot jalan cerita ini.Saya mengambil inisiatif
mengelaskan semua watak yang ada dalam cerita ini.Saya juga cuba memahami latar
tempat berlakunya cerita ini.
4.0
Rumusan
Secara konklusinya,teknik analisa teks
dramatik amat penting kepada seseorang pelakon setelah mendapat skrip.Analisis
skrip membolehkan seseorang pelakon memahami jalan cerita tersebut dengan lebih mendalam.Pelakon juga akan mendapat
gambaran yang lebih jelas untuk menghayati cerita tersebut.Melalui teknik
analisa teks dramatik juga membolehkan saya mengaplikasikan pembinaan watak
untuk persembahan lakonan kelak.
Teknik
Pemerhatian Watak
1.0 Teknik yang diperkenalkan
Teknik
ketiga yang saya pelajari ialah teknik pemerhatian watak.Menurut pensyarah
saya,seseorang pelakon perlulah menghayati watak yang diberikan.Justeru,kami
diminta membuat pemerhatian watak di dalam kehidupan realiti.Penghayatan
watak ini adalah suatu cara untuk mengutarakan emosi dan fikiran di sebalik
ayat yang diucapkan dan di sebalik lakonan yang dilakukan. Jadi sebelum ayat
itu diucapkan ia sudah terlebih dahulu dihuraikan menurut kandungan perasaan
dan kandungan fikiran.Seterusnya barulah ayat itu dapat diucapkan dengan penuh
erti.Cara menghayati perasaan dan fikiran ialah melalui pengucapan,pergerakan
anggota badan dan ekspresi wajah.Kami diminta untuk membuat pemerhatian
bagaimana watak dan perwatakan sebenar di dunia realiti watak yang kami
mainkan.Sebagai contoh watak yang dimainkan oleh saya sendiri pada hari pertama
persembahan iaitu watak “ROCKY”.Saya perlu membuat pemerhatian bagaimana watak
dan perwatakan seorang pramugara bercakap dan berjalan.Melalui pemerhatian
tersebut,saya sendiri perlu cuba menginterpretasikan watak itu dengan cara
tersendiri.
2.0
Masalah
Pada hari pertama,saya mengalami
masalah untuk menghayati watak tersebut.Hal ini kerana saya perlu menjadi
seorang pramugara yang pentingkan diri sendiri dan sombong.Sikap ini
bertentangan dengan sikap sebenar saya.Tambahan pula saya tidak pandai mengamuk
dan marah.Malahan juga watak tersebut memerlukan lontaran suara seperti
menjerit dan mengamuk.Pada dasarnya saya agak sukar untuk menghayati watak ini.
3.0 Cara
Atasi
Pada hari latihan seterusnya,saya cuba
mencari penyelesaian bagi menyelesaikan permasalahan ini.Saya cuba menanamkan
sikap pentingkan diri sendiri,sombong dan pemarah dalam diri saya.Saya cuba
melontarkan dialog dengan kuat.Hal ini seterusnya membolehkan saya dapat
menghayati watak tersebut dengan baik.
4.0
Rumusan
Konklusinya,seseorang pelakon itu
perlulah cuba menghayati watak yang diberikan sebaik-baiknya.Penghayatan watak
amat penting bagi membolehkan penonton mengikuti sesuatu persembahan.Walaupun
watak tersebut bertentangan dengan sikap sebenar,pelakon perlulah membuat
permerhatian sendiri watak tersebut.Hal ini membolehkan seseorang pelakon
meengetahui dan menghayati sesuatu watak. Melalui
teknik pemerhatian watak juga membolehkan saya mengaplikasikan pembinaan watak
yang sebenar untuk persembahan lakonan.
Teknik
Menghafal Skrip
1.0
Teknik yang diperkenalkan
Teknik keempat yang diperkenalkan oleh
pensyarah saya ialah teknik menghafal skrip.Seseorang pelakon teater itu
perlulah menghafal skrip yang diberikan dengan baik.Sekiranya skrip tidak
dihafal,ia boleh menganggu sesuatu persembahan itu.Menurut pensyarah
saya,sebagai pelakon jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada setiap patah
perkataan skrip itu.Kami boleh mengubah suai ayat itu mengikut keselesaaan
sendiri asalkan membawa maksud yang sama dengan skrip asal.Saya terpaksa
menghafal dialog dua watak kerana memainkan dua watak yang berlainan pada
kedua-dua hari persembahan.Dialog yang dihafal perlulah difahami dengan baik
untuk menghayati watak tersebut dengan baik.
2.0
Masalah
Masalah yang dihadapi oleh saya dalam
teknik ini ialah menghafal nombor plat kereta.Saya mengalami masalah ini kerana
terpaksa menjerit berulang-ulang kali.Saya juga terpaksa ambil masa untuk
betul-betul menghafal dan memahami skrip.Sememangnya hafalan memerlukan masa
dan ketenangan untuk mengafal.Tambahan pula
saya tidak dapat menghafal dalam tekanan.
3.0 Cara
Atasi
Langkah yang saya ambil dalam
menyelesaikan permasalahan menghafal skrip ini
ialah membaca berulang-ulang kali.Saya juga menghafal dialog ini
ditempat yang tenang daripada gangguan bising.Tekanan hafalan daripada
pensyarah juga membolehkan saya dapat menghafal skrip dengan cepat.Saya juga
mengeluarkan dialog watak saya dan menulis di dalam kertas lain.Hal ini
membolehkan saya memberi fokus kepada dialog watak yang dimainkan oeh saya sahaja.Saya
juga mengambil inisiatif menghafal sedikit demi sedikit sehingga semua dialog
saya dapat dihafal sepenuhnya bagi kedua-dua watak tersebut.
4.0
Rumusan
Konklusinya,seseorang pelakon wajib
menghafal skrip agar dapat melontarkan dialog dengan baik ketika
persembahan.Sekiranya tidak dapat menghafal,seseorang pelakon itu perlulah
memahami situasi dan jalan cerita dengan baik.
Teknik Pengucapan Dialog
1.0 Teknik yang diperkenalkan
Teknik kelima yang saya pelajari ialah
teknik pengucapan dialog.Teknik ini sangat penting sekali kerana dengan seni
berbicara seseorang dapat menguasai sesuatu keadaan.Antara langkah yang
disarankan oleh pensyarah ialah merakamkan suara pada pita rakaman, kemudian
dengarkan adakah suara yang dilontarkan itu cukup jelas, terang,dan mudah
difahami.Seandainya tidak berpuas hati,bolehlah dilakukan berulang kali.Teknik
pengucapan dialog ini juga dapat dijalankan secara berkumpulan.Sekiranya suara
sudah cukup baik maka bacalah lakonan dengan suara berbisik kemudian ucapkan
dengan suara yang sebenarnya. Rasakanlah sehingga suara huruf konsonan
kedengaran dengan jelas dalam bahasa ucapan.Untuk menambah kemantapan suara,
berlatihlah mengucapkan suara yang bergema. Cara membesar gema suara ialah
ucapkan suara dengan kuat, lepas dan bebas di tempat latihan, di bilik tertutup
(misalnya di bilik mandi) di hutan rimba, di pergunungan, di tepi sungai atau
tempat lain yang sekiranya tidak menganggu ketenteraman orang lain.
2.0
Masalah
Masalah yang dihadapi oleh saya ialah
sering tergesa-gesa untuk melontarkan dialog.Apabila saya hanya menghafal skrip
sahaja tanpa memahami skrip,ia menyebabkan saya mengalami masalah dalam
pengucapan dialog dengan baik.Masalah pengucapan dialog ini menyebabkan setiap
perkataan yang saya lontarkan sukar difahami oleh pelakon lain.Tambahan pula saya
juga mengalami masalah pengucapan loghat yang sudah tersemat dalam diri saya
ini.Saya sering terkeluar loghat utara ketika melontarkan dialog.
3.0 Cara
Atasi
Langkah penyelesaian yang saya ambil
dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah sentiasa bertenang ketika
melontarkan dialog.Saya juga membuat latihan menyampaikan dialog secara
perlahan sahaja tanpa tergesa-gesa.Tujuan latihan ini adalah untuk membolehkan
setiap perkataan yang dilontarkan lebih jelas dan difahami pelakon dan
penonton.
4.0
Rumusan
Secara konklusinya,teknik pengucapan
dialog memberi banyak faedah kepada pelakon.Hal ini membolehkan seseorang
pelakon itu dapat melontarkan dialog dengan lebih baik.
Teknik Muncul
1.0 Teknik yang diperkenalkan
Teknik
keenam yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah teknik muncul.Satu hal
yang sangat menentukan seseorang pelakon terutama pelakon utama dan pelakon
tambahan adalah teknik muncul untuk pertama kali. Muncul untuk pertama kali ini
haruslah menimbulkan kesan pertama yang baik kepada penonton kerana ini banyak
pengaruhnya sampai ke akhir lakonan.Sekiranya kemunculan pelakon ini tidak
menarik atau dengan biasa sahaja, adegan itu boleh menjadi tidak jelas.Hal ini
mungkin juga dapat merosakkan suasana dan simpati penonton pun hilang.Suasana
dalam pentas ketika muncul ini ada beberapa kemungkinan seperti kalau memakai
layar atau memakai cahaya lampu,sebelum layar dibuka atau sebelum lampu
dihidupkan pelakon sudah berada di atas pentas .Yang kedua ialah pentas dalam
keadaan kosong,tidak lama kemudian pelakon masuk.Yang ketiga adalah pelakon itu
muncul di tengah panggung ketika sudah ada pelakon lain.Apabila pelakon yang berada diatas pentas namun langsung tidak berdialog,namun
perlu mengambil masa senyap seketika sekitar dua atau tiga minit. Barulah ia
memulai lakonan pertamanya. Cara ini akan mewujudkan tanda tanya di hati
penonton.Penonton akan tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh pelakon itu.
Pada ketika ini,pelakon itu haruslah bijak membuat adegan sendiri agar tidak
menganggu pelakon lain.
2.0 Masalah
Pada hari pertama mempelajari teknik
ini saya mengalami masalah sering terlambat muncul dalam bahagian yang perlu
saya muncul.Saya tidak dapat mengagak waktu yang tepat untuk muncul dalam
bahagian yang ada watak saya.Hal ini berlaku kerana saya tidak membuat latihan
kerap dimana waktu yang tepat untuk saya muncul dalam sesuatu babak itu.Saya
juga tidak dapat mengagak waktu yang tepat bagi menyambung lakonan orang lain.
3.0 Cara Atasi
Pada hari seterusnya saya mencari jalan penyelesaiaan bagi
menyelesaikan permasalahan ini iaitu dengan membuat latihan kerap bagi
mengingat babak yang memerlukan kemunculan watak saya.Saya bersungguh-sungguh
membuat latihan agar dapat mengingat waktu munculnya watak saya.
4.0 Rumusan
Konklusinya,teknik muncul
ini juga amat penting bagi persembahan teater.Hal ini kerana teknik ini
membolehkan seseorang pelakon mengetahui masa,tempat dan babak munculnya watak yang
dimainkannya.Hal ini juga akan melancarkan persembahan dan tidak menganggu
persembahan pelakon lain.Walaupun kemunculan watak sekejap sahaja,namun
kemunculannnya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.
Teknik
“Blocking”
1.Teknik yang diperkenalkan
Teknik
ketujuh yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah blocking.Pensyarah
saya menenerangkan bagaimana blocking dalam persembahan dan juga kawasan
pelakon dengan lakonannya.Walaupun latihan ini masih diperingkat awal,namun
kami dikehendaki membiasakan diri seolah-olah berada pada satu situasi, suatu
tempat dengan prop yang diminta dalam
skrip,walaupun hanya sekadar dalam bentuk imaginasi sahaja.Misalnya ruangan
rumah kedai, cukup dengan meja makan sahaja untuk dijadikan prop pementasan.Selepas
latihan,di rumah atau di tempat lain yang selesa juga boleh dijadikan tempat
bagi setiap pelakon menghafal lakonnya dan gerak lakonnya.Hal ini begitu juga
dengan ekspresi wajahnya.Apabila kembali latihan,kami perlulah sudah bersiap
dan bersedia untuk melakonkan bahagian masing-masing.Kami juga diberikan masa
untuk kembali kepada latihan seterusnya.Hal ini membolehkan kami mempunyai
kesempatan untuk menghafal lakonan dan mempelajari lakonan tersebut.
2.Masalah
Pada hari pertama mempelajari teknik
ini ialah saya mengalami masalah memahami apa itu bloking yang sebenarnya dalam
persembahan teater ini.Saya juga tidak dapat mencari bloking yang sebetulnya
dalam persembahan teater ini.Hal ini kerana apabila berdialog dengan pelakon
lain diatas pentas saya sering mengalami masalah pergerakan badan.Saya sering
bergerak apabila menyampaikan dialog.Hal ini menyebabkan pelakon lain tidak
dapat berhubung dengan baik dengan saya.
3.Cara
Atasi
Pada hari seterusnya,saya mengambil
langkah proaktif bagi menyelesaikan permasalahan ini iaitu saya menonton video persembahan
teater.Melalui tontonan video itu,saya cuba memahami bagaimana hendak
mendapatkan bloking yang betul apabila hendak mempersembahkan teater nanti.Saya
juga turut mengambil langkah dengan cuba untuk mengurangkan pergerakan badan
apabila hendak menyampaikan dialog dengan pelakon lain.Hal ini membolehkan saya
dapat melontarkan dialog seiring dengan pergerakan tubuh badan saya.
4.0
Rumusan
Konklusinya,bloking dalam persembahan
teater perlulah sentiasa dijaga semasa melakukan persembahan.Hal ini kerana
bloking yang tidak betul akan menyebabkan seseorang pelakon tenggelam dalam
persembahan.Penonton tidak dapat menyaksikan penyampaian dan penghayatan watak
yang dimainkan oleh pelakon.Justeru, latihan bloking terlebih dahulu sebelum
melontarkan dialog dapat membuatkan seseorang pelakon mendapatkan bloking yang
betul semasa persembahan.
Teknik Latihan Pocket
1.0 Teknik yang diperkenalkan
Teknik kelapan
yang saya pelajari ialah teknik latihan pocket.teknik ini merupakan teknik
dimana pengarah mengeluarkan sesuatu babak dan dibuatkan latihan bagi bahagian
tersebut sahaja.Pengarah hanya akan menumpukan kepada bahagian itu sahaja.Pengarah
juga akan menegur kesalahan dan memberi tunjuk ajar kepada pelakon bagi
melakukan sesuatu lakonan.
2.0 Masalah
Masalah yang saya hadapi ketika
mempelajari teknik ini ialah merasa sedikit tekanan untuk membuat lakonan yang
diminta oleh pensyarah saya.Tekanan yang dialami menyebabkan saya sering
terlupa dialog dan berasa gementar untuk melontarkan dialog dengan baik.
3.0 Cara Atasi
Langkah
yang saya ambil dalam mengatasi permasalahan ini ialah sentiasa tenang dan cuba
melakonkan seperti apa yang diminta oleh pensyarah saya.Saya juga cuba
menghayati watak tersebut dengan membawa cara lakonan yang tersendiri
berdasarkan tunjuk ajak yang disarankan oleh pensyarah saya.
4.0 Rumusan
Kesimpulannnya,teknik latihan pocket
membolehkan seseorang pengarah memberi tumpuan sepenuhnya kepada seseuatu
bahagian itu.Pengarah juga dapat membetulkan lakonan pelakon dengan terus
ketika membuat latihan pocket ini.Pelakon juga akan sentiasa berusaha untuk mengubah
cara lakonan menjadi lebih baik.
Teknik Latihan Ruang dan
Runthrough Lakonan Persembahan
1.0 Teknik yang diperkenalkan
Teknik
kesembilan yang diperkenalkan oleh pensyarah saya ialah latihan ruang dan
runthrough lakonan persembahan.Ketika latihan ini di lakukan kami semua perlulah
sudah menghafal sepenuhnya skrip yang diberikan.Kami juga perlulah tahu bila
ingin memulakan dan mengakhirkan melontarkan dialog.Kami juga perlulah sudah
memahami gerak laku atau lakonan yang akan dimainkan.Pada masa inilah
setiap pelakon akan mengembangkan daya kreativiti masing-masing.Pengucapan dan
lakonan perlulah disesuaikan.Pentafsiran dalam lakonan juga akan sentiasa dikembangkan
dengan baik.Gerakan-gerakan kecil yang lebih menggambarkan watak akan
ditambah di mana yang perlu.Pengarahan yang telah disampaikan oleh pengarah
secara asas dilengkapkan di mana yang perlu dengan automatik dan
wajar.Pada masa ini, sudah mula memakai barang-barang dan alat-alat
yang diperlukan dalam persembahan. Barang-barang yang digunakan
adalah sebenarnya dan bukannya secara imaginatif lagi.Penyambutan atau penyambungan
dialog antara seorang pelakon dengan pelakon lainnya perlulah sudah lancar.Malahan
juga jangan ada lagi seorang pelakon yang sudah lama berhenti bercakap dan seorang
lagi masih diam.Pada adegan-adegan yang khusus perlulah mendapat latihan yang khusus.
Misalnya pada adegan yang emosional atau adegan percintaan.Ia perlulah
dilakukan berulang-ulang kali sehingga menjadi baik, wajar dan cukup
menyakinkan. Di sinilah bermulanya teknik berlakon.Teknik berlakon ialah cara
bagaimana melakonkan cerita itu sebaik mungkin.Dalam teknik berlakon inilah
seseorang pelakon dinilai.Seorang pelakon yang muncul hanya sekejap sahaja
dapat dilihat kemampuannya berlakon apabila ia menunjukkan teknik
yang baik.Dari sini pulalah nanti pengarah akan meningkatkan seorang pelakon
dari pelakon tambahan menjadi pelakon antagonist atau pelakon protagonist.
2.0
Masalah
Pada hari pertama mempelajari teknik
ini saya sering mengalami masalah terlupa waktu bila untuk menyampaikan dialog
dan menyambung dialog yang dilontarkan pelakon lain.Hal ini berlaku kerana pelakon lain melangkau dialog atau membuat
dialog sendiri.Hal ini telah menyebabkan saya mengalami masalah untuk
menyambung dialog.Malahan juga saya terlalu menghafal skrip tanpa betul-betul
memahami dialog tersebut.
3.0 Cara
Atasi
Pada hari seterusnya,saya cuba mencari
jalan penyelesaian bagi menyelesaikan permasalahan ini.Langkah yang saya ambil
dalam menyelesaikan permasalahan ini ialah mengingat setiap waktu dan tempat
untuk menyampaikan dialog atau menyambung dialog.Saya telah membuat latihan
sendirian berulang kali untuk mengingat.Tujuan saya melakukan langkah begini
adalah untuk mengingat pada masa bila saya perlu melontarkan dialog.Saya juga
cuba memahami setiap perkataan dalam dialog yang saya akan sampaikan.Hafal
dialog tanpa memahami dialog sahaja tidak dapat membuatkan seseorang pelakon
menghayati watak.
4.0
Rumusan
Konklusinya,teknik latihan ruang dan
runthrough lakonan persembahan amat penting sebelum persembahan penuh
sesuatu persembahan teater.Hal ini
memberikan kesan yang baik kepada diri pelakon itu sendiri untuk memahami watak
dan mengingati situasi persembahan yang
sebenar.
Teknik
Latihan Akhir(Full Rehearsal)
1.0
Teknik Yang Diperkenalkan
Teknik terakhir yang diperkenalkan
oleh pensyarah saya ialah teknik latihan akhir(Full Rehearsal).Dalam latihan
akhir ini, bukan hanya pelakon yang harus ada, tetapi semua kru produksi teater
sama ada bahagian pembuka layar, jurulampu, juruhias termasuk juga penerima
tamu harus turut membuat latihan penuh.Pengarah sebagai penonton akan melihat
dengan teliti dimana bahagian yang perlu diberi perubahan.Sekiranya terdapat
sesuatu kesalahan ia hanyalah kesalahan kecil sahaja. Apabila selesai latihan
akhir,akan adakan perbincangan dengan semua kru produksi teater.Seterusnya
pengarah akan membuat pengubahsuaian bahagian yang kurang baik dan memberi
arahan kepada pelakon untuk mengubahnya sebelum persembahan sebenar.
2.0
Masalah
Masalah yang saya hadapi dalam latihan
penuh ini ialah tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada persembahan.Hal
ini berlaku adalah kerana saya sering hilang fokus apabila terpaksa menunggu
munculnya watak saya.Saya juga tidak dapat melontarkan dialog dengan baik
kerana mengalami masalah suara.Apabila saya sering terjerit-jerit ketika
melontarkan dialog menyebabkan suara saya menjadi serak.
3.0 Cara
Atasi
Langkah
yang saya ambil dalam mengatasi permasalahan ini ialah sentiasa bertenang dan
memberi sepenuh perhatian kepada persembahan.Malahan juga saya memperbanyakkan
minum air mineral untuk mendapatkan semula suara yang lebih baik.Ketika latihan
penuh ini saya akan cuba mengawal suara agar tidak menjejaskan persembahan sebenar
saya kelak.Saya juga memperbanyakkan merehatkan dan menenangkan diri sebelum
persembahan sebenar.
4.0
Rumusan
Kesimpulannnya,teknik akhir(full
rehearsal) amat penting kepada sesebuah produksi persembahan teater.Hal ini
membolehkan pelakon berada dalam situasi sebenar lakonan sebelum melakukan
persembahan.Pelakon juga dapat mengaplikasikan teknik lakonan dalam bentuk
realisme.
![]() |
<TEATER MENGAJAR ERTI PERSAHABATAN>
Titanium 3D Printing | TITanium Games
ReplyDeleteThe titanium security three dimensional printing industry suppliers of metal uses all of our 2D printing products (or plastic, used ford edge titanium for that matter) as part of its 3D fram titanium oil filter printing welding titanium system.